"Abang tidak perlu beritahu saya." Tangning tidak kisah, tetapi mengenangkan Mo Ting menggunakan seluruh hatinya untuk membantu orang lain membuatkan hatinya berasa sedikit tidak senang.
Apabila terpandang kepala Tangning yang menunduk, Mo Ting merasakan keriangan memenuhi segenap tubuhnya. Dia tidak dapat menahan senyumannya semasa dia berkata, "Adakah kamu cemburu?"
"Ah hah. Sedikit." Tangning mengaku sambil menganggukkan kepalanya.
"Adakah kamu fikir yang selain daripada kamu, akan ada orang lain dalam dunia ini yang layak? Hanya kamu…tiada orang lain." Mo Ting menarik Tangning ke atas ribanya dan merangkul tubuh isterinya sebelum menunjukkan cara meneliti kontrak-kontrak itu.
Tangning pintar dalam banyak perkara. Tetapi, apabila sesuatu perkara itu melibatkan banyak patah perkataan, kepalanya akan terasa sakit. Jadi, tidak lama kemudian, Tangning terlena di dalam pangkuan Mo Ting. Senyuman kecil terukir di wajahnya.