Bapa Quan sakit tenat. Selepas dimasukkan ke hospital, dia disahkan menghidap kanser gastrik.
Selepas terjaga di katil hospitalnya, perkara pertama yang dibuat Bapa Quan ialah mengarahkan setiausahanya menelefon peguam dan menjemput Mo Ting bertemunya.
Orang Raja Bintang segera dapat tahu akan berita itu dan perlahan-lahan memenuhi hospital. Ada yang meminta Bapa Quan menjaga dirinya, sementara yang lain meminta dia menyerahkan kuasanya. Orang-orang ini sudah lama memerhatikan kedudukannya.
Kerana dia naik angin, perut Bapa Quan menjadi lebih sakit. Melihatkan hal ini, setiausahanya bertanya jika dia perlu menelefon Quan Ye.
Bapa Quan melambaikan tangannya dengan lemah. Ketika ini, dengan keadaannya sekarang, dia tidak mahu Quan Ye menyaksikannya.
Dalam bilik hospital itu, beberapa orang pemegam saham cuba meyakinkan Bapa Quan untuk menyerahkan sahamnya. Mereka percaya, yang itu sekurang-kurangnya lebih baik daripada memberi saham kepada Quan Ye.