Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 12 - Mendapatkan Tawaran Jurucakap

Chapter 12 - Mendapatkan Tawaran Jurucakap

"Tapi, buat masa ini saya belum ada rancangan untuk mengumumkan hubungan saya dengan Mo Ting." Tangning menerangkan dengan tenang. Auranya begitu yakin dan bersinar. "Dengan bantuan Mo Ting, saya tahu kerjaya saya akan melonjak naik dengan segera tetapi orang lain hanya akan melihat saya sebagai isteri Mo Ting dan bukannya Tangning si peragawati. Tiga tahun lalu, saya berjaya menjadi peragawati terbaik di Beijing. Kini, tiga tahun akan datang saya yakin saya boleh lakukannya dengan kemampuan saya sendiri. Saya akan mengambil kembali apa yang sememangnya milik saya."

"Long Jie, kalau kamu masih mahu menolong saya, kita akan buat ini bersama-sama. Jika kamu tidak mahu, saya tidak akan paksa kamu. Saya akan bantu kamu selesaikan kontrak kamu dengan Tianyi dan carikan kamu kerja di syarikat yang lebih baik."

"Apa yang kamu mengarut ini? Sudah tentulah saya mahu berada di sisi kamu. Saya mahu menjadi pengurus terbaik untuk peragawati terhebat antarabangsa." Long Jie menjawab dengan yakin. "Tapi, adakah kamu merancang untuk terus berada dalam Syarikat Hiburan Tianyi?"

"Apa yang kamu rasa?" Tangning memandang Long Jie, membiarkan gerak tubuhnya menjadi jawapan itu sendiri. "Han Yufan sudah mempergunakan saya banyak kali. Tidak kira apa pun, saya akan balas balik perbuatan dia."

Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Tangning, Long Jie ketawa terbahak-bahak sambil menyandar pada Tangning. Bahunya bergoyang-goyang kerana tertawa. "Tangning, saya sedar bahawa tempoh betahun-tahun yang saya kenal kamu, hanyalah satu pembaziran sahaja. Saya tidak tahu kamu boleh jadi begitu licik. Jadi apa langkah seterusnya? Apa yang patut kita buat? Keluarkan video tersebut?"

"Tidak. Jom dapatkan satu tawaran jurucakap dahulu. Lebih tepat lagi, mari ambil apa yang sememangnya milik saya dari tangan Mo Yurou. Selepas itu, peminat Mo Yurou pasti akan mengkritk. Video itu patut dikeluarkan pada masa itu!"

"Long Jie, kamu perlu kerja keras untuk sedikit masa lagi. Tolong saya sunting klip daripada pertunjukan Bintang Tiara dan muat naik video itu ke atas talian."

"Okey, jangan bimbang! Serahkannya pada saya!" Selepas mendengar rancangan tersebut, mata Long Jie bersinar sewaktu dia menganggukkan kepalanya. Yang paling penting, dia mengetahui bahawa Tangning berbeza – dia biasanya begitu lemah dan mudah dibuli. Tetapi, siapa sangka jika dia ditekan begini, dia boleh menjadi begitu berkuasa.

Selepas perbualan mereka, Tangning meminta Lu Che mengiringi Long Jie pulang. Kemudian, dia bangun daripada sofa dan menuju kembali ke arah bilik tidur yang berbau wangi. Mo Ting baru sahaja bertukar kepada jubah dan sedang duduk di atas sofa sambil menikmati segelas wain merah. Dagunya yang diangkat membuatkan bentuk rahangnya lebih jelas seperti ukiran yang begitu sempurna menggetarkan hati sesiapa sahaja.

Tangning agak gementar tetapi dia tetap melangkah dan duduk di sebelah Mo Ting. Mo Ting terus menghirup minuman apabila dia tiba-tiba meraih dan menarik bahu Tangning lalu merapatkan bibir mereka. Dia masih ada wain yang dihirupnya di dalam mulut sewaktu dia berkongsi rasa aromatik itu bersama Tangning.

Tangning begitu terkejut dan mukanya merah padam. Mo Ting ketawa lembut lalu mencium hujung hidungnya. "Jika kamu tidak boleh minum, kamu akan berada dalam kesusahan jika dijemput ke majlis. Kamu perlu berlatih."

Tangning menolak tubuhnya menyandar pada dada lembut Mo Ting. "Kalau begitu, apa yang Presiden Mo boleh cadangkan?"

"Minum segelas kecil sehari. Apa kata kamu?"

"Gunakan cara yang sama seperti tadi?" Tangning mengangkat keningnya dengan riak yang agak provokatif.

Mo Ting tidak dapat mengelak untuk tergelak kecil sewaktu dia mengangguk. "Adakah kamu sukakannya?"

"Ya." Tangning mengangguk.

"Kalau begitu, kita akan lakukannya." Selepas berkata-kata, Mo Ting sekali lagi mengangkat gelas itu ke bibirnya. Dengan cara yang sama, dia sekali lagi merapatinya. Tetapi kali ini, selepas mereka selesai berkongsi wain, mereka tidak menjarakkan tubuh masing-masing. Ciuman hangat mereka berterusan apabila sofa yang mereka duduki dilayan seperti katil.

Apabila ciuman Mo Ting yang terjeda-jeda mula menjelajah ke bahagian tubuhnya yang lain, Tangning dapat merasakan tubuhnya terketar-ketar. Dia tidak dapat berfikiran lurus. Dia tidak pernah merasakan perasaan seperti dialirkan arus elektrik yang membuatkan seluruh tubuhnya lemah seperti pasir. Dalam kehangatan tersebut, dia hanya dapat melihat batang hidung Mo Ting yang kacak dan bibirnya yang lembut. Tetapi, dia dapat merasakan tangannya yang gagah, dan…

"Mo…Ting…marilah ke katil. Saya tidak mahu buat…di atas sofa."

Mendengarkan permintaannya, Mo Ting tiba-tiba berhenti. Dia memandang kaki Tangning yang kurus dan panjang, sungguh cantik bak ekor sang duyung. Dia menahan keinginannya apabila dia menyelimutkan Tangning di dalam jubah mandi. Kemudian, Mo Ting mengangkat Tangning dan membawanya ke bilik mandi. Dia meletakkan Tangning dengan lembut ke dalam tab mandi.

"Apa dia?"

Mo Ting membalut tuala di sekeliling tubuhnya dan melutut menghadap Tangning. Dia mengangkat dagunya dan berkata, "Saya mahukan hati kamu dahulu. Apabila saya sudah menjadi satu-satunya insan di hati kamu, saya akan jadikan kamu milik saya sepenuhnya." Selepas dia selesai bercakap, Mo Ting berdiri tetapi Tangning menghulurkan tangannya dan menggenggam tualanya.

"Saya bukannya tidak suka…kita…buat perkara ini. Adakah abang masih tidak percayakan saya?"

Mo Ting menepuk kepala Tangning dengan lembut sambil menenangkan dirinya sendiri. "Saya benar-benar mahukan kamu…Kamu tidak tahu betapa menariknya kamu. Tetapi, saya mahu seluruh diri kamu. Tubuh dan hati…saya mahu tunggu kamu sehingga ianya benar-benar meyakinkan."

Tangning mengangguk sambil memegang tangan kiri Mo Ting. "Ianya sudah begitu lama semenjak seseorang melayan saya dengan begitu hormat."

Mo Ting mengerti apa yang dimaksudkannya. Walaupun dia mahu memusnahkan Han Yufan menjadi cebisan, Mo Ting yakin bahawa Tangning boleh bergantung kepada kebolehannya sendiri untuk mendapat apa yang diingininya.

...

Keesokan harinya, skandal antara dua peragawati Tianyi tersebut sudah digantikan dengan tajuk utama hari itu. Pada masa yang sama, khabar angin Han Yufan dan Mo Yuru sudah ditutup oleh PR Tianyi. Kekecohan berita hiburan biasanya hilang secepat ianya muncul. Walau bagaimanapun, kerana sikap Tangning yang bertanggungjawab keluar dan menggalas semua kesalahan, dia berjaya mendapatkan peminat baru yang begitu ramai. Peminat baru ini kini sibuk mencari gambar lama Tangning dalam talian.

Tiada siapa pun perasan pada masa ini Tangning sedang melakukan kemunculan kembali.

Khususnya semasa pertunjukan Bintang Tiara di mana persembahan Tangning sememangnya mengatasi semua peragawati terkenal yang lain. Peminat barunya merasakan ianya tidak adil untuk Tangning dibiarkan begitu sahaja. Jadi, mereka mula mengongsikan video Tangning di atas talian sambil menghubungi HF. Selepas menonton video-video Tangning, HF begitu terpegun dengan kecantikannya. Secara terperincinya, selepas menonton pelbagai gambar dan video Tangning, pereka tersebut yang naik angin pada Tangning pada hari pertunjukan tersebut tiba-tiba menyedari betapa padannya Tangning dan barang kemasnya. Ianya seolah-olah mereka dicipta untuk satu sama lain.

Pereka HF berfikir-fikir buat seketika. Pilihannya sebelum ini terkesan dengan penipuan Tianyi. Tetapi kini, apabila dia sudah bertenang dan berfikir mengenai hal tersebut, keanggunan dan profesionalisme Tangning sememangnya lebih sesuai untuk tema Bintang Tiara.

Selain itu, kerana sikap Tangning yang mengaku salah, HF ada sedikit rasa percaya terhadapnya.

Jadi, pihak pengurusan tertinggi segera berkumpul untuk mesyuarat membincangkan pertukaran jurucakap. Akhirnya, mereka mencapai persetujuan. Satu panggilan telefon dibuat untuk pejabat presiden Syarikat Hiburan Tianyi.

"Encik Eugene, Yurou sudah hampir sembuh daripada kecederaannya. Pelancaran produk terbaru kamu pastinya tidak akan tertangguh…"

"Tidak. Saya bukannya menelefon untuk hal itu. Encik Han Yufan, kami mahu menukar jurucakap. Kami mahu tukar Mo Yurou dengan Tangning!" Dia bercakap dengan bahasa Inggeris yang sempurna.

Selepas mendengar permintaan ini, Han Yufan tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi. "Tidak, Encik Eugene. Saya tidak rasa ini betul."

"Kita belum tandatangan kontrak tersebut secara rasmi lagi. Jika kamu tidak mahu bertukar kepada Tangning, kami lebih suka untuk membatalkan kerjasama ini dan cari syarikat lain untuk kerjasama."

"Kami ada peragawati lain. Yang lebih terkenal daripada Mo Yurou…."

"Kami hanya mahukan Tangning."

Encik Eugene begitu nekad dengan keputusannya membuatkan Han Yufan tiada pilihan lain selain bersetuju. Namun, tawaran ini pada asalnya adalah untuk menjamin tempat duduk dalam Anugerah Peragawati Sepuluh Teratas bagi Mo Yurou. Siapa sangka Tangning pula yang mendapat manfaat. Dengan pertukaran ini, Mo Yurou pastinya akan mengamuk.

Berita itu tersebar dengan cepat kepada Long Jie: HF menelefon pejabat Han Yufan meminta untuk menukar jurucakap. Jadi, apabila dia bercakap dengan Tangning dalam telefon, dia sangat teruja. "Tangning, Tangning, kamu sudah dapat tawaran tersebut!"

"Jangan terburu-buru. Mo Yurou pastinya tidak akan biarkan perkara ini terjadi dengan mudah." Tangning tetap berjaga-jaga walaupun situasi tersebut berada dalam genggamannya.