"Merana? Mestilah saya merana. Tapi, saya tak akan duduk saja tak buat apa-apa." Han Xiuche mengerjakan manhuanya sambil ketawa mengejek pada Ma Weiwei. "Kasihan betul makhluk kecil ini…"
Jadi, Tangning memang mahu menghasilkan filem sains fiksyen?
Han Xiuche sangat berpengalaman dalam sains fiksyen. Jika Tangning boleh menghasilkan sesuatu dalam bidang itu, apa yang tidak boleh dilakukannya?
Ketika ini, masalah berkaitan Superstar Media masih berterusan. Tetapi, apa yang mengecewakan, Superstar Media diwujudkan Tangning, tetapi dia melepaskannya dengan begitu mudah. Jadi, bagi Han Xiuche, Tangning memang orang yang mudah menukar fikiran.
Tidak kira bagaimana orang ramai memuji Tangning, ia tidak penting. Selagi dia tahu betapa palsunya Tangning, baginya, itu sudah memadai.
Sementara itu, Ma Weiwei memang makhluk lemah yang kasihan. Apa-apa pun, takdirnya terikat kemas pada Tangning dan dia tidak boleh mengawalnya.