Chereads / Suami Perkahwinan Percubaan - Perlu Berkerja Keras / Chapter 3 - Disyaki Menimbulkan Kekecohan

Chapter 3 - Disyaki Menimbulkan Kekecohan

Tangning tersenyum sambil mengangguk sebelum dia mengangat sedikit gaunnya dan berlari ke arah belakang pentas. Dengan topeng yang dipakainya, seseorang hanya boleh mengecam perbezaan ketara antara Tangning dan Mo Yurou dengan memerhatikan kaki Tangning. Kakinya pernah dinobatkan sebagai kaki tercantik di dunia.

Sewaktu semua orang menyangkakan pertunjukan itu sudah sampai ke klimaks, Tangning diturunkan ke pentas di atas kerusi dengan lemah gemalai. Semua sorotan lampu tertumpu kepadanya…

…namun begitu

…Bintang Tiara tidak kelihatan di mana-mana…

Apa yang telah berlaku?

Semua orang yang hadir berlari cemas mencari Bintang Tiara sehinggakan mereka turut memeriksa Tangning. Hal ini membuatkan orang ramai perasan akan kakinya yang begitu cantik, pucat dan panjang.

Kakinya yang sungguh cantik, benar-benaar tidak dapat dilupakan…

Sewaktu orang ramai hampir putus asa, senyuman terukir daripada balik topeng emas misteri itu. Tangning mengangkat lengannya dengan bergaya, melentokkan kepalanya ke belakang dan mengangkat kakinya yang menghadap para penonton – membentuk satu bentuk tarian yang indah. Pada masa itu, Bintang Tiara keluar daripada gaun putih itu dan melurut jatuh pada kakinya yang lembut sebelum berhenti pada buku lali Tangning, bergemerlapan dengan indah.

Wah...

Semua orang terpegun melihatkan kejadian hebat yang berlaku di hadapan mereka. Gaya Tangning yang mengubah-ubah kedudukannya dengan begitu sempurna merupakan satu pemandangan yang tidak dapat dilupakan. Yang paling menakjubkan, setiap gaya yang dipamerkan oleh Tangning telah menyerlahkan Bintang Tiara daripada pelbagai sudut berbeza. Ini menunjukkan lagi kecantikan barang kemas itu.

Para penonton bangun berdiri dan memberikan Tangning tepukan gemuruh.

Dalam kalangan penonton, Mo Ting yang berada di tempat tinggi tetapi tersorok, tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada Tangning. Isteri yang baru dikahwininya merupakan peragawati terkenal Beijing pada masa dahulu. Hari ini, dia berdiri menggantikan seorang peragawati kelas B.

Memang tidak dinafikan lagi. Tidak kiralah sama ada tiga tahun lalu atau tiga tahun akan datang, dia masih peragawati yang sama. Dia memang dilahirkan untuk berjalan di pentas peragaan…

Selepas gaya terakhir Tangning, pertunjukan itu berakhir dengan kepuasan semua pihak. Pengasas HF sangat tertarik dengan persembahannya. Sudah tentulah dia tidak tahu bahawa peragawati di atas pentas itu ialah Tangning. Dia masih menyangkakan itu ialah Mo Yurou.

Dia muncul dari belakang pentas dan mendekati Tangning. Seperti seorang lelaki budiman, dia menghulurkan tangannya, membantu Tangning bangun daripada kerusi dan memimpinnya ke hadapan pentas pertunjukan. Mereka tunduk berterima kasih kepada para penonton.

"Terima kasih kepada semua, dan sudah tentulah, terima kasih Cik Mo kerana memberikan pertunjukan yang sangat hebat. Ia sememangnya menarik."

Tangning kekal berdiam diri. Dia hanya membalas dengan tundukan hormat. Kemudian, secara tiba-tiba, satu suara nyaring kedengaran daripada hadapan pentas. "Dia bukan Mo Yurou! Saya pernah berjumpa dengan Mo Yurou sendiri dan dia tidak mempunyai kaki yang begitu panjang!"

Pada ketika itu, semua orang terpegun. Mereka memerhatikan kaki Tangning dengan penuh keraguan. "Kalau kamu benar-benar Mo Yurou, tanggalkan topeng kamu. Jika kamu bukan dia, nampaknya Tianyi Entertainment adalah sekumpulan penipu!"

Suara penuh keraguan dan syak wasangka bertambah kuat. Pereka-pereka HF turut mempertikaikan jika wanita di hadapan mereka ialah Mo Yurou.

"Cik Mo, sila tanggalkan topeng kamu…" Pereka-pereka itu benar-benar ingin tahu. Adakah dia memang Mo Yurou? Jika dia bukan Mo Yurou, nampaknya hubungan kerjasama mereka dengan Tianyi Entertainment akan berakhir.

Tangning teragak-agak, namun dia sudah pun dikelilingi oleh orang ramai. Tanpa sebarang pilihan, dia perlahan-lahan menanggalkan topengnya. Ketika itu, semua orang menahan nafas mereka. Melihat sahaja wajahnya, beberapa orang terus mengenalinya sebagai peragawati yang pernah terkenal…

"Itu ialah Tangning!"

Khabar angin mengatakan bahawa apabila Tangning disenarai hitamkan, statusnya terus merudum jatuh. Dia lebih teruk daripada peragawati yang tidak mempunyai agensi. Siapa sangka yang dia akan tunduk begitu rendah sehingga sanggup menggantikan orang lain? Adakah dia sengaja mencetuskan kekocahan ataupun dia terpaksa kerana keadaan sekarang?

"Tangning, ia sebenarnya Tangning." Wartawan segera mengerumuni Tangning. Mereka langsung tidak memberinya ruang untuk melepaskan diri.

"Cik Tang, bolehkah kamu terangkan situasi yang berlaku sekarang? Mo Yurou ialah peragawati yang dijemput untuk pertunjukan hari ini. Mengapa kamu pula yang muncul?"

"Daripada apa yang kami tahu, kamu telah disenarai hitamkan tiga tahun dahulu? Adakah kamu cuba mengambil peluang ini untuk mengumumkan kepulangan kamu?"

"Sebagai peragawati yang pernah terkenal, adakah kamu cuba mengambil kerja Mo Yurou? Adakah kamu mengambil kesempatan ke atas kecederaannya dan cuba mencuri peluangnya untuk menjadi jurucakap?"

"Ianya memang jelas yang kamu cuba mencetuskan kekecohan. Saya sudah tahu. Mo Yurou sudah cedera, bagaimana dia boleh menghadiri pertunjukan ini. Peragawati terkenal konon! Kamu sebenarnya peragawati MURAHAN terkenal!"

Soalan-soalan daripada wartawan semakin mendesak dan sesetengah daripada mereka mula menghamburkan cacian.

"Peragawati murahan ketinggalan zaman…"

"Yurou yang sepatutnya menjadi jurucakap, pulangkan kembali kepada dia!"

Tangning terpaksa berundur perlahan-lahan sewaktu wartawan semakin rapat mengerumuninya. Ada juga yang menolaknya. Pada ketika ini, HF membuatkan suasana lebih teruk. "Saya akan saman Tianyi Entertainment! Apa yang kamu buat di sini ialah satu pembohongan terang-terangan! Saya meminta Mo Yurou sebagai peragawati, tetapi kamu memberikan saya peragawati kelas bahawan!" Pereka tersebut langsung tidak tahu betapa terkenalnya Tangning tiga tahun yang lalu. Apa yang dia tahu, dia tidak pernah melihat wanita itu dalam tahun-tahun terbaru ini.

"Untuk kamu, kita akan jumpa di mahkamah! Buat masa sekarang, berambus! Kamu tak layak berdiri di atas pentas peragaan saya!" dia menjerit.

Suara lantang itu bergema menerusi bangunan itu. Para wartawan juga terkejut. Tiada peragawati yang hanya akan berdiri dan membiarkan seseorang menjerit begitu pada mereka.

"Kenapa kamu masih di sini? Berambus!"

Tangning sudah menyiapkan dirinya untuk detik ini tetapi dia masih bergelut untuk menahan semua aib tersebut. Pada masa itulah kedengaran suara yang dalam dan menarik daripada hujung pentas. "Ya, memang ada seseorang yang perlu berambus…"

Dengan terkejut, para wartawan berpusing ke arah punca suara itu. Di sana, kelihatan Mo Ting berdiri di hujung pentas. Mata semua orang terbuntang luas terperanjat… Bukankah itu CEO Hai Rui Entertainment? Mengapakah dia berada di sini?

Yang paling penting, mengapakah dia berdiri di atas pentas? Semua orang tahu kenyataan mengenai Mo Ting yang sangat membenci artis yang suka menggunakan helah. Tangning nampaknya menggali kuburnya sendiri. Kali ini, Hai Rui pun tidak mampu mengelak untuk masuk campur.

Semua orang menahan nafas mereka. Mereka yakin Tangning sudah kehabisan nasib baik. Tapi mereka benar-benar terperanjat apabila Mo Ting berjalan ke arah Tangning dan berdiri di sisinya. Dengan nada yang menakutkan seperti seorang pemerintah, dia berpusing kepada pereka itu dan menyambung. "…tapi, bukan wanita ini yang patut berambus. Kamu yang patut berambus!"

"Saya boleh hapuskan HF daripada Beijing sekiranya saya mahu. Budi bahasa kamu nampaknya tidak setaraf dengan hasil barang kemas kamu."

Jantung Tangning berhenti berdegup seketika. Siapa sangka… suami yang baru dikahwininya, seseorang yang baru bertemu dengannya sebanyak tiga kali sahaja akan menyokongnya.

Semua wartawan terkedu dan mula berasa bimbang. Jika mereka tahu bahawa Tangning mempunyai hubungan dengan Hai Rui awal-awal tadi, mereka tidak akan menjadi begitu biadap.

Pereka HF tidak gembira dengan kejadian itu tetapi dia sedar dia tidak boleh menyinggung Hai Rui International. Selepas beberapa detik yang sunyi, dia meminta maaf dengan berat hati, "Maaf Presiden Mo. Saya tidak tahu mengenai hubungan kamu dengan…"

"Kamu silap. Saya tidak mempunyai hubungan dengannya. Saya sekadar mempersoalkan karakter kamu!" Mo Ting menafikan hubungannya dengan Tangning dan mula berjalan pergi. Tetapi sebelum dia beredar, dia berpusing dan berkata kepada para wartawan, "Walau bagaimanapun, saya tidak dapat nafikan yang dia akan menjadi nama besar dalam industri peragaan!"