Seperti satu kebetulan hari ini, kebanyakan babak Ning Xi akan diganding dengan Jia Qingqing.
Sewaktu Ning Xi duduk di bawah teduhan sepohon pokok sambil membaca skrip, satu suara ganjil tiba-tiba kedengaran di telinganya –
"Yo, bukankah ini bintang besar kita, Ning Xi. Kamu memang terkenal sekarang, semua orang mengenali kamu! Hehe, saya tahu kamu memang buat semua perkara memalukan itu! Kamu memang tak tahu malu, berani pula datang ke sini selepas apa yang berlaku!" kata Jia Qingqing dengan wajah gembira.
Selagi Ning Xi tidak ditendang keluar dari penggambaran filem, dia boleh merebut peluang ini untuk mengganti Ning Xi, supaya dia boleh berganding dengan Abang Muye.
Ning Xi menggigit bibirnya dan tubuhnya menggigil; dia kelihatan malu.