Jiang Muye berasa lega apabila melihat wajah Ning Xi yang penuh kebencian. Dia amat memahami Ning Xi, dan dia tahu gadis itu paling benci dikawal.
Kepada Ning Xi, latar belakang keluarga Lu mungkin menakutkan seperti banjir yang teruk dan binatang yang ganas…
"Baiklah, kamu sudah habis bertanya. Sekarang giliran saya." Ning Xi memandangnya dengan tangan disilangkan.
Jiang Muye mengangkat bahunya. "Apa kamu nak tahu?"
"Bukankah Lu Tingxiao hanya ada satu adik lelaki, dan tiada adik perempuan? Bagaimana kamu jadi anak saudaranya?" Ning Xi bertanya.
Jiang Muye menyalakan sebatang rokok dan menjawab dengan perlahan, "Saya tiada pertalian darah dengan keluarga Lu. Datuk dan nenek saya rakan akrab dengan keluarga mereka. Apabila mereka meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya, ibu saya masih muda, dan keluarga Lu telah mengambilnya sebagai anak angkat. Jadi, berdasarkan hierarki keluarga, saya kena panggil Lu Tingxiao sebagai bapa saudara!"
"Oh macam itu…" Ning Xi menggugam sambil merenungnya dengan tegas. "Saya sedang cuba berhenti merokok. Jangan menggoda saya!"
"Selama ini kamu tak kisah pun, kenapa sekarang nak berhenti pula?" Jiang Muye mengerut keningnya.
"Adakah saya perlu alasan untuk menghentikan tabiat buruk?"
"Entah siapa yang pernah beritahu saya satu masa dulu yang seseorang perlu menghisap rokok dan minum arak selagi boleh, dan sesiapa yang ingin berhenti merokok dan berhenti minum arak ialah orang yang bodoh…" Jiang Muye mematikan putung rokoknya sambil mengetawakan Ning Xi. "Saya sudah jelaskan semuanya kepada kamu, ada apa-apa lagi kamu mahu tahu?"
"Sudah. Tentu. Ada!" Ning Xi memandangnya dengan geram. "Beritahu saya dengan jujur, kenapa kamu pilih untuk lakonkan watak Sun Huanqing? Ia hanya watak hero kedua, dan bukan jenis watak yang kamu suka."
Menyifatkan lelaki itu sengaja datang ke sini untuk menyusahkannya!
Jiang Muye menjawab dengan muka tidak bersalah, "Apa salahnya saya berlakon watak hero kedua? Siapa kata saya tak boleh? Dan apa salahnya saya lakonkan watak Sun Huanqing? Saya mahu mengembang kemahiran lakonan saya dan mencabar diri saya. Adakah ini tidak dibenarkan? Tak bosankah kalau asyik berlakon jenis watak yang sama? Bukankah prestasi saya baik tadi? Kamu usik saya, saya usik kamu, kan seronok!"
"Seronok kepala otak kamu!"
Memang tidak dapat dielakkan, Ning Xi pasti akan menangis esok…
"Sampai sini saja. Saya kena cabut dulu. Saya sudah janji kepada Si Cilik untuk makan periuk panas bersama-sama hari ini." Ning Xi melihat masa pada telefon bimbitnya dengan cemas.
Jiang Muye kelihatan tidak gembira. "Dengan bapa saudara saya juga?"
"Sudah tentu. Saya tak berani keluar berdua-duaan dengan Si Cilik. Bagaimana kalau ada apa-apa yang berlaku?"
Jiang Muye sungguh marah mendengar penjelasannya. "Jadi kamu tahu, bukan? Si Cilik nyawa seluruh keluarga Lu, terutama kepada kedua-dua orang tua keluarga itu. Budak kesayangan itu terlalu penting kepada mereka. Kalau ada apa-apa berlaku kepadanya, kamu pasti akan ditanam hidup-hidup!
Ning Xi tidak gembira mendengar kata-katanya. "Apa benda mengarut kau cakap ni, apa kentang panas? Si Cilik saya yang paling comel!"
Jiang Muye ketawa dingin. "Nampaknya kepala kamu telah terpaku kepada kecantikan seseorang. Dia hanya perlu buka mulut untuk meminta sesuatu daripada kamu, dan kamu akan lupakan segala-galanya!"
Ning Xi hilang kesabaran untuk melayannya. "Suka hati kamu…kamu boleh berhenti merungut? Bagaimana saya berani katakan tidak kepada permintaan Raja Segala Syaitan Lu? Kalau kamu macam mana? Tengok betapa takutnya kamu sekarang, adakah kamu begitu takut saya akan jadi ibu saudara kamu?"
"Ibu…saudara…" Jiang Muye terasa kesakitan yang amat mendengar dua perkataan itu. Dia terkejut sehingga tidak terdaya mengatakan apa-apa.
"Budak baik!" Ning Xi menepuk kepalanya seperti anak anjing dan melarikan diri selepas berjaya mengusik lelaki itu.
Ning Xi terus beredar selepas menggalas begnya dan menjelaskan kepada pengarah dan semua orang dia sudah mempunyai rancangan lain malam itu dan tidak dapat menyertai mereka untuk makan malam.
Sewaktu melihat gadis itu beredar dengan tergesa-gesa, satu lapisan ais yang tebal mula terbentuk pada wajah Jiang Muye.