"Okey okey… saya dah agak dah… urusan kamu dah selesai ke?" tanya Lu Jingli.
Sebaik sahaja dia nampak saham syarikat Hu Hongda jatuh dengan mendadak, dia tahu abangnya dah pergi selamatkan isterinya. Ada ke apa-apa yang abang dia tak boleh selesaikan?
"Mmm."
"Hmm, Xiao Xi Xi terharu tak? Hubungan kamu berdua ni masih dalam fasa berbulan madu. Kamu nak luangkan masa sama-sama eh?" usik Lu Jingli.
Lu Tingxiao menjawab dengan ringkas, "Tak."
"Eh? Tak? Tak luangkan masa sama-sama? Habis tu, kenapa kamu tak datang mesyuarat?" Lu Jingli betul-betul terkejut apabila mendengar jawapan abangnya. Dia tak biasa dengan sikap abangnya yang tak tunjukkan kemesraan terhadap Ning Xi.
Pada saat berikutnya, Lu Jingli dengar abangnya menjawab, "Sekolah Si Cilik ada aktiviti dengan ibu bapa."
Lu Jingli terkejut. Apa?!
Tak guna, ini lebih baik daripada yang dijangka!