Kebetulan, waktu itu waktu puncak , jadi jalan raya memang sesak dengan kenderaan. Walaupun Ning Xi bergegas, namun, dia masih lambat sampai ke lokasi uji bakat.
Dia terlihat Chang Li berjalan keluar dari bangunan itu dengan Ning Xueluo yang sangat gembira. Dia dikelilingi ramai orang yang memberi pujian dan ucapan tahniah kepadanya.
Dari jauh, Ning Xueluo ternampak Ning Xi yang dibasahi dengan perluh sambil berlari. Dia memandang Ning Xi dengan riak wajah yang sama dari lima tahun yang lalu.
Ning Xuelo memandangnya seperti melihat seekor semut.
Ning Xi memerhati Ning Xueluo menaiki van dan berlalu pergi. Namun, Ning Xi tidak berpaling untuk balik. Sebaliknya, dia bergegas masuk ke bangunan itu.
Masih tidak terlalu lewat lagi!
Belum sempat dia sampai ke destinasinya, dia terserempak dengan sekumpulan orang yang berbual-bual dengan gembira. Mereka adalah panel hakim uji bakat untuk drama
"Saya minta maaf kerana lewat!" Ning Xi membongkok sebagai tanda hormat.
Apabila mereka mendapati bahawa Ning Xi menghalang perjalanan mereka, beberapa orang dari panel hakim itu mula mengerutkan dahi, menunjukkan rasa tidak puas hati terhadapnya.
Tidak ada sesiapa suka pada orang yang lewat!
Penolong pengarah itu merungut. "Uji bakat sudah berakhir. Apa gunanya awak bergegas ke sini sekarang? Sikap orang muda zaman sekarang makin teruk!"
"Saya bukan datang untuk uji bakat watak perempuan utama!" Ning Xi menjawab.
"Eh? Kalau kamu bukan berminat pada watak perempuan utama, kenapa pula kamu datang sini untuk uji bakat?" Penulis skrin bertanya dengan perasaan ingin tahu.
"Saya datang untuk uji bakat bagi watak perempuan kedua, Meng Changge! Dari apa yang saya tahu, sesi uji bakat untuk watak perempuan kedua telah diadakan sebelum ini. Namun, panel hakim masih tidak jumpa pelakon yang sesuai untuk watak ini!" Sejurus sahaja dia habis bercakap, dia mengangkat kepalanya.
Pada saat Ning Xi mengangkat kepalanya, semua orang senyap selama lima saat. Rasa tidak puas hati perlahan-lahan hilang.
Mereka hanya perasan bibir merah dan gigi putih gadis itu, dengan rambut hitamnya yang berurai sampai ke pinggang. Dia memakai gaun merah berkolar yang sangat mendedahkan tubuh badannya. Namun, gaun itu tidak menenggelamkan dia, tetapi sebaliknya berjaya menyerlahkan lagi kecantikannya.
Dia berdiri di situ dengan aura yang dalam seperti hutan, seperti seeokor musim yang berusia ribuan tahun. Matanya yang ghairah dan indah sehingga mampu mengusik hati sesiapa sahaja. Aura dia matang dan menggodakan, namun kelihatan suci. Matanya yang jelas mempunyai kedalaman yang jernih.
"Siapa nama kamu?" Apabila Pengarah Guo Qisheng membuka mulut untuk bercakap, barulah semua panel hakim uji bakat sedar, seolah-olah baru bangun dari mimpi yang menyenangkan hati.
"Ning Xi."
Pengarah Guo, penolong pengarah, pengusaha filem dan penulis skrin saling berpandangan. Pengarah Guo berkata, "Macam pernah dengar nama kamu. Kamu bukan artis Hiburan Cahaya Bintang? Baiklah! Balik dan sediakan diri. Kamu telah dapat watak ini! Kami akan menghubungi kamu apabila pengambaran bermula nanti."
"Terima kasih, pengarah! Saya akan berusaha untuk membuat yang terbaik!" Ning Xi membongkok sebagai tanda terima kasih.
Sejak awal lagi, matlamat Ning Xi memang untuk menjadi watak perempuan kedua.
Untuk mendapatkan watak ini, dia telah berlatih selama tiga bulan. Dia berusaha keras untuk memahami perasaan Meng Changge dan tanggapan watak itu kepada penonton. Semua usaha ini untuk menarik perhatian panel hakim dalam hanya satu pandangan.
Walaupun dia menghadapi banyak kesukaran, tetapi semuanya berbaloi. Dia telah berjaya.
Selepas Ning Xi beredar, Pengarah Guo masih lagi rasa kagum. "Kita telah berusaha keras untuk mencari pelakon wanita yang sesuai untuk watak ini. Namun, dia yang datang pada kita! Walaupun gadis ini di bawah Hiburan Cahaya Bintang, tetapi dia tidak cukup pengalaman. Dengan kelayakan yang begitu rendah, aku tidak pernah mempertimbangkan dia untuk watak utama perempuan kedua. Siapa tahu dia sebenarnya nampak jauh lebih cantik daripada gambar fotonya!"
Penulis skrin, Ye Ling Long, pun tidak mampu mengawal perasaannya. "Kualiti dia yang paling mengagumkan ialah pembawaan dan adab dia. Pandangannya sungguh sempurna. Meng Changge merupakan jeneral wanita yang dominan sebelum dia menjadi simbol kecantikan yang layu. Gadis ini telah berjaya menggambarkan semua ini dengan sempurna sekali. Dia mampu menggoda hati orang dan mengekalkan rasa kesucian dan kepintaran pada masa yang sama. Semua pelakon yang pernah uji bakat untuk watak ini seperti mereka melakonkan ratu tempat pelacuran. Aku sangat marah sampai mahu mati!"
"Hahaha, janganlah marah. Bukankah akhirnya kau dapat cari Changge kau yang sudah lama tunggu?"
…
Pada masa yang sama, di dalam Hospital Republik Rakyat Pertama di Kota Raya B.
Bilik pesakit VIP Si Cilik dalam keadaan huru-hara.
Budak kecil itu membongkok di atas jendela. Emosinya tidak stabil. Tidak kira apa yang diberitahu oleh doktor dan jururawat, dia masih enggan turun.
Lu Jingli yang berdiri di bawah Si Cilik cuba untuk memujuk dan menenangkan hatinya. Namun, tidak kira apa yang dicakap oleh bapa saudaranya, Si Cilik langsung tidak hiraukan.
Tiada pilihan lain, Lu Jingli terpaksa membuat panggilan ke syarikat untuk minta Lu Tingxiao kembali.