Chereads / Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 69 - Begitu Kacak Kakiku Lemah

Chapter 69 - Begitu Kacak Kakiku Lemah

Hari ini, kru penggambaran sama seperti biasa, dan tidak ada yang berbeza hanya kerana pelakon untuk watak hero keduo akan menyertai mereka hari ini.

Pelakon hero utama, Zhao Sizhou dikelilingi gadis-gadis yang penuh kagum mendengar kisah keagungannya dalam industri hiburan. Hubungan antara Jia Qingqing dan Ning Xueluo bertambah baik kebelakangan ini. Mereka bercakap dengan gembira tentang gelang berlian yang dibeli oleh ayahnya.

Hanya Ning Xi yang rasa gementar. Dia yang akan melakonkan banyak babak dengan pelakon watak hero kedua. Jadi, kualiti lakonan lelaki itu nanti pasti memberi impak besar kepadanya.

Jia Qingqing bermain-main dengan gelang berlian yang berkilauan di pergelangan tangannya. Wajahnya penuh hina. "Kak Xueluo, lihat betapa semangatnya dia tunggu! Dia percaya kata-kata pengarah. Adakah dia fikir dengan cara dia tunggu seperti itu, seorang Pan An akan muncul?"

Ning Xueluo berkata dengan tidak berdaya, "Kamu ini, jangan asyik cari pasal dengan Ning Xi. Dia ada banyak babak dengan pelakon watak hero kedua. Perkara biasa jika dia lebih cemas daripada kita!"

"Hehe, ya, begitu banyak adegan ciuman dan aksi atas katil! Nasib baik saya tidak terima watak itu sebelum ini. Kalau tak, siapa tahu bagaimana saya akan diambil kesempatan!" Jia Qingqing berkata dengan gembira. Kemudian, dia melihat Ning Xueluo dengan kagum. "Kak Xueluo, kamu paling bernasib baik. Teman lelaki Kakak begitu kacak, pasangan kamu dalam filem ini juga begitu kacak…"

Pada masa itu, suara Guo Qisheng yang teruja kedengaran di pintu masuk studio…

"Mari, mari, semua orang sila datang ke sini! Pelakon watak hero kedua yang melakonkan doktor ajaib Sun Huanqing sudah tiba! Mari berikan sambutan kepadanya!"

Kru tidak berapa bertindak balas. Zhou Sizhou kelihatan seperti enggan berganjak dari tempat duduknya, dan gadis-gadis masih berkumpul di sekelilingnya. Mereka semua ingin mendengar dia membaca tapak tangan mereka.

Jia Qingqing mengendahkan dan langsung tidak peduli untuk keluar. Ning Xueluo memastikan solekannya sempurna lalu bangun dan berkata dengan yakin, "Kita patut sapa dia, kita semua rakan sekerja, bukan."

Dengan berat hati, Jia Qingqing menurut.

Ning Xi telah bergegas keluar sewaktu pengarah membuat pengumuman itu. Dia seperti burung jenjang apabila cuba melihat siapa di depan pintu itu. Sedetik kemudian, seluruh badannya terasa seperti disambar oleh Petir Tuhan Langit Kesembilan.

Lelaki di sebelah pengarah itu ialah…

Rambut keemasan yang menarik perhatian itu…dia tidak dapat menipu dirinya walaupun matanya mungkin tersilap lihat, walaupun dia berharap begitu…

Kenapa pula watak hero kedua dilakon oleh lelaki itu…

Semua. Ini. Palsu…

Di pintu masuk, pembantu pengeluaran, Xiao Li tiba-tiba menjerit seperti dia dibunuh. "Ah…ahhh…"

Jia Qingqing mengerut keningnya. "Awak gila?! Kenapa awak menjerit?"

Baru sahaja dia habis bercakap, dari sudut matanya, dia terlihat lelaki di belakang pengarah di pintu masuk…

"Ah…" Dia tidak dapat menahan dirinya dari turut menjerit sekali.

"Apa yang terjadi?" tanya Ning Xueluo.

"Jiang…Jiang Muye! Kak Xueluo! Itu Jiang Muye!" Jia Qingqing mencubit lengan Ning Xueluo dengan gembira.

"Apa?" Ning Xueluo mengikuti pandangannya.

Pengarah sedang berjalan di hadapan dengan ceria dan mesra. Di sebelahnya, dia diiringi seorang lelaki berambut perang dengan seluar pendek bergaya dan kemeja-T. Tangan dalam poket, dan muka yang sombong. Apabila dia tersenyum, dia menunjukkan gigi taringnya yang sangat comel…

Jiang Muya…rupa-rupanya pelakon untuk watak hero kedua ialah Jiang Muye…

Ning Xueluo juga terkejut dengan keadaan ini.

Gadis-gadis yang mengelilingi Zhao Sizhou sebelum ini bergegas ke pintu masuk seperti serigala lapar.

"Wowww! Jiang Muye! Adakah ia benar-benar Jiang Muye? Adakah saya sudah buta? Cepat, cubit saya!"

"Oh Tuhanku! Dia sungguh tampan! Begitu kacak sehingga kakiku lemah! Saya dengar dia mempunyai orang tua sebagai peminat! Sampai nenek berumur lapan puluh tahun pun tidak boleh lari dari genggamannya!"

"Jangan halang saya! Sangat sukar untuk berjumpa dengan orang yang sebenar, saya mesti tidur dengan dia! Kehidupan tanpa peluang tidur dengan Jiang Muye tidak berbeza dari kehidupan ikan masin!"

  1. Dalam konteks bahasa Cina, seorang lelaki yang dirujuk sebagai 'Pan An' menunjukkan pujian tertinggi terhadap penampilannya.