Siapa jejaka paling panas dalam industri hiburan sekarang?
Tak kira siapa yang ditanya soalan ini, jawapannya pasti, Jiang Muye!
Jia Qingqing masih tidak dapat menerima hakikat ini sampai sekarang, dan berjalan ulang alik dengan geram. "Adakah ini satu kesilapan? Bukankah Jian Muye sedang membuat penggambaran di luar negara? Walaupun dia sudah pulang, kenapa dia hanya berlakon sebagai watak hero kedua?"
Ning Xueluo berfikir sejenak lalu berkata, "Semua orang tahu Jiang Muye tidak pernah melakonkan watak lain selain watak hero. Lagipun, pelabur utama bagi filem ini adalah Cahaya Bintang. Kenapa dia sebagai artis Syarikat Hiburan Keagungan Dunia berlakon dalam filem ini?"
Jia Qingqing baru sahaja terfikir betapa bertuahnya dia tidak akan diambil kesempatan, kini hampir gila dengan kekecewaan. "Sial! Kenapa selalu macam ini? Kenapa nasib Ning Xi begitu baik? Jiang Muye sepatutnya milik saya, dia milik saya! Perempuan tak tahu malu itu yang mencuri watak aku!"
Semua orang di sekeliling memandang dengan simpati. Mereka tidak terkejut dengan kegilaannya.
Semua dalam industri hiburan tahu Jia Qingqing menyukai Jiang Muye. Gadis itu pernah mengumum kasih sayangnya kepada lelaki itu dalam Weibo. Walaupun Jiang Muye tidak menghiraukan dia, gadis itu selalu sahaja berkongsi maklumat berkaitan dengan Jiang Muye di Weibo-nya seperti seorang peminat.
Guo Qisheng telah berusaha keras menenangkan gadis-gadis gila itu. Dia tidak dapat menahan daripada mengejek Jiang Muye, "Muye, lihat bagaimana kamu telah mencuri hati semua gadis kami! Jejaka kacak selalu mendapat layanan paling baik!"
Jiang Muye melayan ejekan pengarah itu dan bergurau kembali. "Pengarah, kamu tak dengar tadi? Mereka hanya mahu tidur dengan saya, kamu mesti lindungi saya!"
"Hahaha…jangan risau. Pasangan kamu ialah dewi peperangan, Meng Changge. Dia boleh melindungi kamu! Oh ya, mana Ning Xi? Dia tak berhenti mengganggu saya tentang latar belakang pasangan wataknya. Kenapa dia masih tak muncul lagi?" Guo Qisheng memandang sekeliling.
Jiang Muye ketawa pelik. "Jangan kata saya sudah takutkan dia?"
"Besar kemungkinan. Hampir semua gadis di sini peminat kamu, malah Ning Xi mungkin salah seorang daripadanya. Mungkin dia terkejut melihat idolanya!" Guo Qisheng berkata sambil bersenyum.
Ketika mereka sibuk berbual, Ning Xi berjalan ke arah mereka.
Dalam masa yang singkat, riak wajah Ning Xi telah bertukar dan tidak dapat ditembusi. Dia menghulurkan tangan kepada lelaki di depannya dan tersenyum. "Senior Jiang, selamat datang, saya Ning Xi. Saya berbesar hati berpeluang bekerja dengan kamu."
Walaupun usia mereka tidak banyak berbeza, Jiang Muye telah memulakan kerjaya jauh lebih awal daripadanya dan dikira sebagai senior. Jadi, dia sepatutnya dilayan dengan lebih hormat.
"Halo…" Jiang Muye senyum dan berjabat tangannya. Dalam detik berikutnya, dia hampir menepis tangan gadis itu.
Gadis bangsat ini, dia hampir menghancur tulangnya.
Memang tidak senang untuk Jiang Muye mengekalkan riak wajahnya yang selamba. Dia berpura-pura teringat sesuatu lalu berkata, "Ah, Ning Xi, kamu rupanya…"
"Apa? Kamu saling mengenali?" Guo Qisheng amat terkejut. Bukan sahaja pengarah, malah seluruh kru dan semua pelakon memandang tepat pada Jiang Muye.
Dia tersenyum seperti ada maksud tersirat. "Sememangnya."
Apabila mendengar nada main-main dan melihat pandangan pelik semua orang kepadanya, Ning Xi begitu marah sehingga tangannya mula menggigil. Dia hampir hilang kawalan diri untuk memukulnya!
Melihat bagaimana wajah gadis itu pucat menahan marah, Jiang Muye menjelas perlahan, "Kami pernah bekerjasama sebelum ini, dalam 'Burung Biru'.
"Hmm? Kenapa Ning Xi tidak pernah menyebutnya?" Guo Qishend berasa hairan.
Ning Xi terasa seperti dia baru berjaya melarikan diri. Seluruh belakangnya basah dengan peluh. Dia menjawab dengan rendah hati, "Pengarah Guo, saya hanya pengganti heroin dalam babak seni pertahankan diri. Saya tak ingat Senior Jiang akan mengingati saya."
Guo Qisheng berasa gembira apabila mendengarnya. "Oh, siapa tahu kamu berdua berkongsi nasib seperti ini! Ini terlalu baik. Memandangkan kamu pernah bekerjasama sebelum ini dan saling mengenali, kamu tidak perlu terlalu banyak masa untuk saling berkenalan. Boleh kita terus cuba sambungan yang lebih sengit?"
Ning Xi teragak-agak sambil menjawab, "Uh…" Sambungan? Lebih Sengit? Tak, pengarah! Kami tak biasa langsung!
Jiang Muye senyum dengan gembira sambil menjawab, "Okey!"
Melihat taring kecilnya yang jahat, Ning Xi teringin sangat mencabutnya dengan tangan.