Sementara menunggu, Guo Qisheng dan Jiang Muye cuba menelefon Ning Xi beberapa kali tapi telefon Ning Xi masih tak dihidupkan.
Mereka mula rasa gelisah dan bertanya kepada penyambut tetamu hotel itu jika mereka ada nampak Ning Xi. Apabila mereka sedar tak ada sesiapa yang perasan apa-apa, mereka meminta untuk melihat rakaman-rakaman pengawasan di situ.
Proses untuk mendapatkan rakaman pengawasan itu agak rumit dan hari sudah pun malam apabila mereka mula melihat rakaman itu.
Rakaman pengawasan itu menunjukkan Ning Xi memang pulang ke biliknya sebaik sahaja dia sampai ke hotel. Dia juga tak keluar pada waktu malam. Dia hanya keluar pada keesokan paginya. Sejak itu, dia masih tak balik sehingga sekarang…
"Apa yang dah jadi ni? Ning Xi pergi mana sampai dia tak balik lagi ni?" Kening Jiang Muye berkerut.
Berdasarkan pakaian Ning Xi, dia tak nampak macam nak keluar untuk berseronok. Lagipun, hari masih awal pagi semasa dia keluar…