Kata-kata Ning Zhiyuan membuatkan kawan-kawannya tergelak.
"Orang Tua Xi, kamu ni menjengkelkan. Kamu dah bagitahu semua orang yang kamu jumpa! Cucu kamu bagi kamu gelang tu dan berbulan-bulan dia merayu kepada Tuan Xuan Jing untuk takdiskan gelang tu. Telinga kami dah penat dengar kamu cakap tentang betapa taatnya cucu kamu tu!"
"Kamu tahu Orang Tua Ning hormatkan Tuan Xuan Jing. Dulu dia cuba minta untuk ditakdiskan juga tapi ditolak. Sudah-sudahlah menunjuk-nunjuk depan dia!"
"Hahahaha… hari ni hari jadi Orang Tua Ning, janganlah usik dia!"
"Betul ke susah nak minta Tuan Xuan Jing ni untuk takdiskan gelang?" Salah seorang daripada tetamu bertanya selepas mendengar perbincangan itu.