Kalau Ning Xi jadi pewaris yang sah…
Ning Xueluo tak dapat terima yang dia akan hidup dalam kemiskinan di kampung yang daif! Walaupun keluarga Ning terima dia, dia tak sanggup fikirkan yang dia akan berada di bawah Ning Xi!
Dia ialah anak perempuan keluarga Ning dan dia lahir dalam keluarga yang kaya. Tak mungkin dia akan biarkan perempuan sihir ini rampas semuanya daripada dia!
Betul, dia satu-satunya anak perempuan keluarga Ning! Pertalian darah pun tak boleh mengubahnya!
Ning Xueluo menarik nafas dalam dan cuba tenangkan diri. Kemudian, dia mendekati Ning Xi dan memegang tangannya sambil berkata dengan suara yang menggeletar, "Kakak janganlah pergi, okey? Janganlah marah Ayah dan Mak! Mereka dah sedia nak beritahu identiti kamu dari dulu, tapi kamu yang tak nak balik dan sertai syarikat…"