Atau mungkin bukan dia yang telah berubah, tetapi dia berjaya sembunyi dengan begitu baik, jadi dia tidak pernah betul-betul kenal lelaki ini.
Ning Xi perasan darah pada tangan Lu Tingxiao, dan bertanya tanpa berfikir, "Lu... Lu Tingxiao, apa yang berlaku pada tangan kamu?"
Lu Tingxiao memandang tanda gigi kecil yang halus pada tangannya, lalu mengangkat kepalanya untuk memandang wajahnya dengan senyuman. "Kamu rasa?"
Ning Xi menelan air liurnya. "Nampaknya... tanda gigi ini macam pernah nampak sebelum ini…"
Riak wajah Lu Tingxiao menunjuk pujian kepadanya. "Bagus mata kamu."
"Kof, terima kasih." Ning Xi tersenyam canggung, dan bertanya dengan berhati-hati, "Ini perbuatan saya?"
"Kamu rasa saya cuba menuduh bukan-bukan? Cuba gigit sekali lagi dan lihat sama ada tanda gigi itu sama." cadang Lu Tingxiao sambil menghulurkan tangannya.
Ning Xi melambai tangannya dengan malu. "Tak perlu, tak perlu. Saya yang buat! Err... apa yang berlaku semalam? Semuanya tak jelas. Saya cuma ingat pergi ke tandas, selebihnya selepas itu semuanya kabur... bagaimana saya berada di sini?"
"Kamu mabuk di dalam tandas wanita, dan saya terpaksa masuk untuk mendapatkan kamu. Kamu enggan ikut saya keluar lalu gigit saya." Lu Tingxiao menjawab dengan ringkasnya.
Ning Xi keliru. "Kamu... kamu masuk tandas wanita?"
Dia telah melakukan dosa yang tidak boleh diampun! Raja Segala Syaitan telah berkorban terlalu banyak untuk dia…
"Kenapa pula saya tidur dalam kereta?" Ning Xi mengumpulkan keberanian untuk bertanya.
"Kerana kamu enggan tinggalkan Si Sayang kamu." Lu Tingxiao sengaja menekankan perkataan 'Si Sayang'.
Ning Xi melihat kereta yang sudah lama diimpikan dan disembah, dan terus memahami kata-kata Lu Tingxiao.
"Saya minta maaf, saya menyebabkan terlalu banyak masalah pada kamu!" Ning Xi meminta maaf dengan nada yang lemah.
Ini malam kedua dia berpindah ke sini. Namun, terlalu banyak perkara yang berlaku, dan dia rasa sungguh bersalah.
Lu Tingxiao tidak menjawab, sebaliknya bertanya sesuatu yang tiada kaitan, "Kenapa kamu begitu mabuk semalam?"
Wajah Ning Xi tiba-tiba berubah sedih…
Apabila melihat bagaimana wajahnya berubah, binatang dalaman Lu Tingxiao mula mengangkat kepalanya. Ning Xi tidak biasa berkongsi masalah dengan orang lain. Namun, kali ini memang terlalu sukar untuk dia terima. Dia duduk dengan lemah pada kerusi kereta, dan memandang kehijauan di atas kepalanya, sambil menggumam, "Saya tidak dapat watak Meng Changge…"
Lu Tingxiao terkejut. "Apa?"
"Itu hanya watak heroin kedua yang kecil. Saya tahu CEO besar seperti kamu tidak mungkin faham. Namun, saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap ini, dan kamu tidak tahu betapa gembiranya saya apabila mendapatnya. Tiada siapa yang akan faham…" Ning Xi menutup matanya dengan tangan semasa bercakap.
Selama ini, Lu Tingxiao ingat dia memabukkan dirinya kerana Su Yan. Dia tidak pernah sangka inilah sebab sebenarnya.
Dia tidak sedih kehilangan Su Yan, tetapi sedih kerana kehilangan watak itu?
Tiba-tiba, Lu Tingxiao berasa gembira selepas kesuraman yang dia rasa sepanjang malam. Namun, apabila melihat wajah Ning Xi yang sedih, hatinya terasa seperti dijerut.
Bagaimana dia tidak tahu betapa pentingnya impian itu kepadanya.
Kalau tidak, dia tidak akan begitu degil, malah sanggup memilih untuk memanjat satu demi satu anak tangga untuk mencapai apa yang diinginkan, walaupun ada jalan pintas yang boleh digunakan.
"Jangan sedih, kamu telah buat dengan baik." Lu Tingxiao mengangkat kepala gadis itu untuk bersandar pada dadanya.
Jadi, orang yang cari pasal itu bukannya Su Yan. Orang itu adalah... Ning Yaohua.
Ning Yaohua merupakan pelabur terbesar untuk filem
Tiada seorang pun yang dibenarkan membuli wanita kesayangannya, walau bapa wanita itu sendiri.