Hanya selepas Ning Xi bertenang, baru dia sedar dia telah menangis di dalam pelukan Lu Tingxiao selama hampir setengah jam.
Alamak... apa ini…
Kecuali bila diperlukan dalam lakonan, sudah lima tahun sejak kali terakhir Ning Xi menangis.
"Uh, minta maaf. Saya sudah kotorkan baju kamu…" Dia berasa sangat malu apabila melihat kesan air matanya pada baju Lu Tingxiao.
Lu Tingxiao menjawab dengan sedikit senyuman, "Ini satu penghormatan untuk baju saya."
Ning Xi terkejut, dan hatinya menjadi gila.
Selama ini, dia fikir Lu Tingxiao ialah genius dengan IQ yang tinggi, tetapi EQ yang sangat rendah.
Dia tidak pernah sangka Raja Segala Syaitan mampu memikat hatinya dengan begitu senang!
Dia cemburu! Lelaki ini lebih mahir memikat hati dari dia!
Lu Tingxiao menghulurkan tangan untuk membelai rambut wanita itu dengan lembut . "Apa kamu mahu lakukan selepas ini? Mencari paha yang besar?"
Ning Xi bingung, tidak faham. "Huh? Mencari paha apa?"
"Semalam, kamu cakap mahu keluar mencari paha yang besar dan tebal. Malah, kamu juga menolak paha saya kerana ia tak cukup tebal." Lu Tingxiao merenung wajahnya dengan maksud tersirat.
"Uhuk, uhuk, uhuk…" Ning Xi hampir mati tercekik air liurnya sendiri.
Matilah, entah berapa banyak lagi benda mengarut yang berlaku semalam.
"Tuan Xiao, jangan peduli apa yang berlaku semalam. Saya terlalu mabuk masa itu. Tidak mungkin paha kamu tidak cukup tebal, paha kamu paling tebal di kota ini!" kata Ning Xi memuji. Namun kemudiannya, dia sedar kata-katanya itu mungkin ada lebih dari satu makna.
Pujian dan kata-kata manisnya membuatkan Lu Tingxiao amat gembira, dan matanya turut tersenyum. "Kalau begitu, kenapa kamu tidak peluk paha saya?"
"Saya, saya, saya…" Ning Xi tidak tahu untuk menjawab apa.
Lu Tingxiao menggosok kepala Ning Xi dan akhirnya memutuskan untuk berhenti mengusiknya. "Dah, saya tidak akan mengusik kamu lagi. Jom keluar dari kereta dan tidur di dalam rumah. Lepas itu, kamu akan lebih bertenaga untuk menghadapi semua masalah kamu. Ataupun kamu lebih rela lebih lama di sini dengan 'Si Sayang' kamu ini?
"Tak, tak. Jom masuk ke dalam rumah!" Ning Xi dengan cemas keluar dari kereta.
Apabila Lu Tingxiao keluar dari kereta, tiba-tiba dia berhenti di tepi pintu kereta.
Ning Xi menggaru kepalanya dan bertanya, "Apa itu?"
Lu Tingxiao melangkah menuju ke arah semak.
Ning Xi mengikutinya dengan perasaan ingin tahu dan ternampak... Tuan Muda Kedua Lu, sedang tidur di bawah daun-daun dengan sebuah kamera di dalam tangannya.
Ning Xi tahu Syarikat Hiburan Keagungan Dunia bukan hanya memiliki satu syarikat pengurusan, malah lebih daripada tiga ratus saluran media. Lagipun, Tuan Muda Kedua Lu ialah bos kepada semua paparazi.
Namun, lelaki ini sudah melampaui batas, sehingga gosip abangnya pun dia mahu tahu…
Bibir Ning Xi bergerak sedikit. "Tuan Muda Kedua ini... adakah kami patut kejutkan dia? Dia akan jatuh sakit kalau terus tidur di luar seperti ini, bukan?"
Lu Tingxiao mengangguk kepalanya dan menendang lelaki itu dengan kuat.
Lu Jingli bangun dengan jeritan "Ouch!"
Sebaik sahaja dia terjaga, dia mula menangis. "Kamu melampau. Kenapa tingkap kereta itu begitu susah untuk ditembusi! Tak kira apa yang saya buat, saya tak dapat melihat apa yang berlaku di dalamnya!"
Lu Tingxiao memandang adiknya yang sedang merepek. "Datang ke bilik bacaan saya nanti. Saya mahu berbincang sesuatu dengan kamu."
"Oh…" Lu Jingli menggosok matanya dan berdiri. Kemudian, dia melihat kedua-dua orang mereka, sambil menggumam, "Kenapa kereta itu tidak bergoncang? Adakah saya terlepas? Tak mungkin! Dengan stamina abang saya, ia sepatutnya bergoyang sepanjang malam…
Ning Xi bertanya, "Bagaimana kamu tahu kekuatan stamina abang kamu dan berapa lama dia boleh bertahan…?"
Ini yang menyebabkan orang lain mudah untuk salah faham!
Lu Jingli menggaru kepala, "Sebab dia boleh kalahkan saya sepanjang malam!"
Ning Xi, "..."
Baiklah, kamu menang!
Sebaik sahaja dia pulang ke bilik yang diaturkan kepadanya oleh Lu Tingxiao, Ning Xi terus tidak dapat bersuara.
Hanya dalam masa separuh hari dan satu malam, Lu Tingxiao telah berjaya mengubah dan menghias semula bilik tetamu itu.
Gaya asli dan minimalis bilik itu telah diganti dengan warna hangat. Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai jenis pakaian di dalam almari itu, dan semuanya tepat dengan saiznya. Baju tidur, pakaian kasual, gaun malam, dan aksesori dan beg tangan. Kesemuanya edisi terhad…
Ini memang... kekayaan yang tidak masuk akal...