"Apa... apa yang kamu mahu?" Apabila dia melihat Lu Tingxiao menyelit masuk ke kerusi penumpang dengan tiba-tiba, Ning Xi memegang stereng kereta itu dengan lebih erat, seperti melindungi hak miliknya.
Lu Tingxiao bersandar, matanya semakin gelap.
Heh, apa yang dia nak?
Lebih baik dia tidak tahu.
Lu Tingxiao kini hanya memakai baju putih, tapi kolar bajunta terlalu ketat. Jadi, dia dengan ganas mengoyak butang pertama, kemudiannya kedua, dan ketiga…
Ning Xi merenung tajam Lu Tingxiao yang duduk di sebelahnya. Hilang apabila melihat lelaki tampan itu mengoyak bajunya sendiri dan mempamerkan otot dadanya, Ning Xi terus terlupa pada Si Putih.
Lu Tingxiao tidak perasan wanita itu memerhatikannya. Sedang berusaha keras untuk mengawal perasaan cemburu yang tidak masuk akal kepada sebuah kereta, dia menyalakan sebatang rokok dan menyedut panjang sebelum dilepas.
Ketika Lu Tingxiao mengeluarkan rokoknya, Ning Xi sudah tidak boleh menahan dirinya. Dia merenung wajah lelaki itu tanpa berkelip. Dia memerhatikan pergerakan kecil halkumnya, rokok putih yang tergantung longgar di antara bibir nipisnya, dan asap yang keluar dari mulutnya...
Lu Tingxiao terasa kehangatan renungannya. Apabila dia memandangnya, rupa 'kelaparan' terlukis pada wajah Ning Xi.
Untuk seketika, Lu Tingxiao hampir tertipu dengan rupa itu. Kemudian dia sedar bukan dia yang Ning Xi mahukan.
Dia 'lapar' pada rokok bibirnya.
Lu Jingli paling bagus dalam mengumpul maklumat. Siasatan latar belakang Ning Xi telah dijalankan dengan sangat terperinci, dari cara dia dibesarkan kepada hobinya, bahkan maklumat yang dia sedang berusaha untuk berhenti merokok…
Dengan segera Lu Tingxiao faham, Ning Xi sedang mengidam asap rokok.
Dia bukan sahaja kalah kepada seorang bekas kekasih dan sebuah kereta, nampaknya sepuntung rokok juga lebih menarik dari diri dia.
Lu Tingxiao tidak pernah berasa lebih kecewa atau tiada keyakinan diri dalam seluruh hidupnya.
Dari saat pertama Lu Tingxiao melihat Ning Xi, dia mahu Ning Xi menjadi miliknya. Namun, dia memutuskan untuk bertindak dengan perlahan kerana ingin melindungi perasaannya. Sebaliknya, Ning Xi tidak pernah menanam minat padanya, dan selalu menetapkan sempadan antara mereka.
Wanita itu lebih rela memeluk paha orang lain, daripada menjadi isterinya.
Orang kata jika bekas kekasih tak dapat dilupakan, ia bermakna kekasih baru itu tidak cukup baik. Adakah ini bermaksud dia memang tidak cukup baik? Kini, wanita ini begitu mabuk bekas kekasih telah meninggalkannya.
Dia tahu cara yang paling baik ialah dengan mendekatinya dengan perlahan, dan telah mengikuti peraturan ini. Dia tidak pernah sangka dia akan menjadi sebegini gila hanya kerana perkara merepek seperti inii.
Lu Tingxiao menghisap rokoknya. Fikirannya bercelaru. Api merah di hujung rokok terpantul pada matanya. Dengan suara dalam dan rendah, dia bertanya, "Mahu sedikit?"
Ning Xi mengangguk kepala tanpa teragak-agak. Dia tidak pasti sama ada dia tertarik dengan rokok itu ataupun lelaki di sebelahnya.
Lu Tingxiao menyentak abu rokok itu dan menghisapnya sekali lagi di bawah pandangan Ning Xi. Sebelum dia tahu, bibir berbau asap rokok Lu Tingxiao ditekap kejap pada mulutnya…
Mata Ning Xi terbuka besar. Dia dikelilingi bau rokok kuat disertai nafas dingin lelaki itu. Satu saat kemudian, bibirnya dibuka dengan perlahan dan asap dihembus ke dalam mulutnya…
Ning Xi yang tidak bersedia langsung mula batuk dengan teruk dari asap itu.
Rokok itu kini hanya tinggal separuh. Dengan wajah suram, Lu Tingxiao mengambil satu lagi sedutan. Air mata Ning Xi terkeluar akibat batuk, menyebabkan wajahnya lebih menarik dari biasa. Lu Tingxiao bertanya, "Mahu lagi?"