Sewaktu dia mendengar komen daripada pengkritik makanan di sekelilingnya, Xiao Tao berkata dengan mulut yang dipenuhi makanan, "Ya Tuhan! Semuanya sangat sedap dan sukar untuk memilih daripada keduanya! Bagaimana dengan Kakak Xi? Yang mana Kakak rasa lebih sedap?"
Ning Xi memegang dagunya dan berfikir, "Betul, agak sukar membandingkan kedua-dua masakan. Dari segi pencuci mulut dan pembuka selera, masakan barat nampaknya lebih baik berbanding masakan Cina. Pencuci mulut oleh Encik Danial bukan hanya menunjukkan hasil kerja yang teliti, tetapi teksturnya juga bagus. Walau bagaimanapun, hidangan utama untuk masakan Cina mungkin menang sedikit. Seperti yang dikatakan wartawan makanan sebelum ini, kamu dapat rasakan sentuhan manusia daripada masakan Cina. Kamu akan tahu setiap hidangan mempunyai maksud yang istimewa dengan hanya mendengar nama hidangannya."
Xiao Tao mengangguk, "Jika Kakak mengatakannya begitu, memang susah nak dibandingkan…"