Mulut Xiao Mo menggerenyet. Memang malang nasib perempuan ini sebab berjumpa dengan lelaki yang naif seperti Yun Xiao~
Bang!
Bagaimanapun, ketika Yao Mengqi fikir Yun Xiao sudah hendak pergi, kaki Yun Xiao pijak belakangnya. Kerana terlalu mengejut, Yao Mengqi tersentak dan kepalanya terhempas ke lantai dan jatuh ke muntahnya tadi.
"Apa... yang Ayah lakukan ini?"
Yun Xiao diam seketika sebelum berkata, "Ayah baru teringat, ibu kamu tidak suka orang lain kotorkan tempatnya dan ibu kamu pasti marah apabila dia dapat tahu tentang ini nanti dia pulang. Oleh itu, biarlah perempuan ini jilat muntahnya sendiri."
Apabila kata-kata itu sampai ke telinga Yao Mengqi, dia fikir Yun Xiao masih lagi ingin menanti perempuan tidak berhati perut itu pulang. Malangnya, apa yang Yun Xiao katakan memang dia tidak mahu Yun Luofeng marah nanti pulang apabila ternampak kotoran ini.