Huohuo tersenyum. Senyumannya kelihatan comel dan mulus, tetapi kedinginan yang menyeramkan melitupi matanya.
"Kamu tahu kenapa saya tanya kamu dengan sopan? Kerana orang yang bersalah dalam hal ini adalah Jin Jiang. Saya tak mahu berurusan dengan kamu dan hanya mahu kamu lepaskan dia, tapi… kamu mahu saya jadi pengantin kepada anak lelaki kamu? Ia bergantung kepada sama anak lelaki kamu ada nyawa untuk menikmatinya!"
Wajah Huohuo tampak tegas apabila dia memandang rendah Tuan Keluarga Ling dengan dagunya didongak sedikit ke atas.
Tuan Keluarga Ling terkejut. Budak perempuan ini hanya berusia tujuh atau lapan tahun, tetapi mengapa kata-katanya tidak seperti budak perempuan di usia itu?
"Lepaskan dia sekarang! Jika tidak, jangan salahkan saya jika saya tidak berhati perut!" jerit Huohuo dengan kuat.
"Hehe." Tuan Keluarga Ling tersedar semula dan mendengus jengkel, "Saya nak tengok macam mana seorang budak perempuan tidak berhati perut kepada saya."