Jing Jiang mengangguk dengan serius, matanya tampak nekad. "Okey, saya akan terus pergi ke semua keluarga itu. Kalau mereka tak setuju untuk tunduk kepada saya, saya akan lawan mereka sehingga mati!" Jing Jiang kemudian memandang Xiao Ru buat kali terakhir sebelum berjalan keluar dengan mata yang tekad.
Xiao Ru melirik kepada kelibat lelaki itu yang semakin menjauh dan tersenyum. "Tanpa sedikit rangsangan, potensi dia tidak akan dapat dicapai. Jika dia mahu tundukkan semua keluarga itu dengan kekuatan semasanya, dia perlu pertaruhkan nyawanya. Ketika itu, barulah potensinya akan dimanfaatkan sepenuhnya."
Di Kota Jing, Tuan Kota tidak lagi dihormati seperti dahulu, lebih-lebih lagi apabila orang ramai mengetahui yang Jing Jiang, anak lelakinya, sangat lemah. Jadi, Xiao Ru meminta Jing Jiang untuk menundukkan semua keluarga itu dan menunjukkan kebolehannya kepada dia.