Bang!
Yun Luofeng menendang Xiao Yu dengan kuat, membuatkan perempuan itu terpelanting keluar dari astaka itu. Badannya berguling dan jatuh ke dalam kolam teratai berdekatan.
"Ini sebab kamu buat Huohuo sedih!"
Apabila Xiao Ru bergelut untuk mendaki keluar dari kolam teratai itu, Yun Luofeng menghampiri, mengheret perempuan itu keluar dari kolam dan menendang dadanya sekali lagi.
"Ini sebab kamu aniaya Huohuo!"
Yun Luofeng menepuk debu dari lengan bajunya dan memandang keras kepada Jing Jiang yang masih termangu berdiri, suara gadis itu kedengaran angkuh dan penuh dengan niat membunuh.
"Selagi saya ada di sini, tiada siapa dibenarkan buli dia!"
"Kau…" Wajah Jing Jiang berubah ungu kerana terlalu marah. Dia menunjuk kepada Yun Luofeng dengan jarinya yang menggeletar, mahu menghambur kata cacian kepada gadis itu. Namun, sebelum dia sempat bersuara, dia telah dipotong oleh suara dingin Yun Luofeng.