An Zihao tersenyum malu dan terus mengalihkan pandangannya. Nasib baik Yun Luofeng tidak menghalau mereka pergi, dia tidak mahu menjejaskan hubungan mereka ketika ini…
"Para pelajar sekalian."
Ketika itu, lelaki tua yang bertanggungjawab kepada pendaftaran tempoh hari telah berdiri, berdehem dan berkata, "Ada tiga jenis kursus dalam Akademi Wilayah Barat iaitu pertapaan, kemahiran perubatan dan penjinakan satwa rohani. Kamu boleh pilih kelas yang kamu berminat."
Sambil lelaki tua itu bercakap, para pelajar mula senyap dan mata mereka semua terarah kepadanya.
"Selain itu, akan ada ujian sebelum sekolah bermula. Hanya dengan melepasi ujian ini barulah kamu semua boleh berjaya masuk ke dalam akademi! Saya ucapkan selamat berjaya!" kata lelaki itu sambil tersenyum.
Para pelajar mula riuh. Mereka berasa ingin tahu tentang ujian yang akan menyusul dan semua orang mula bercakap tentangnya.