"Baiklah." Huohuo kelipkan mata dan berjalan ke arah Long Yuan dan Isteri Agung Liu sambil tersengih. Wajahnya yang comel itu dihiasi senyuman jahat. "Kamu jangan macam-macam, kalau tidak api saya akan mengamuk!" Api muncul di telapak tangan Huohuo yang kecil itu.
Melihat api itu, Long Yuan dan Isteri Agung Liu menggeletar dan tidak lagi berani bergerak.
"Bagus," Suara Huohuo agak berpuas hati, lalu dia padam api itu dan ketawa jahat. "Kamu mahu jalan sendiri, atau mahu saya pikul kamu?"
Walaupun mereka enggan, Long Yuan dan Isteri Agung Liu terpaksa berdiri dan ikut Huohuo.
"Teh Susu dan yang lain, masuk semula ke dalam Dunia Kod Dewa." Yun Luofeng lambaikan tangannya lalu seluruh puak hamster lenyap. Kemudian dia menoleh ke arah Huohuo. "Mari pulang."
Ketika ini, mata Long Yuan dan Isteri Agung Liu dipenuhi dengan kehampaan, mereka sudah cukup tahu apa yang bakal menanti mereka...
...