Chapter 1160 - Kelahiran (6)

Ye Jingchen juga terpegun.

Dia langsung tidak rasa sakit, lalu dia menoleh...

Anak matanya mengecil dan kemarahan mula membara dalam matanya. Di depannya, seorang lelaki mendepangkan tangan dan telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai. Anak-anak panah yang banyak menembusi tubuhnya dan darah mengalir dari setiap satunya. Dilindungi oleh tubuh yang seakan gunung itu, hati Ye Jingchen pilu dan bergetar.

"Jeneral Jian..."

Boom!

Bagaikan gunung yang besar, tubuh Jian Chengwen rebah ke tanah di depan mata Ye Jingchen.

"Jeneral Jian."

Ye Jingchen cuba bangun dan merangkak ke arah Jian Chengwen sekuat hati ditemani air mata yang membasahi pipinya. "Jeneral Jian, kenapa kamu buat begini? Kenapa?!"

Lelaki hanya akan mengalirkan air mata apabila mereka berasa betul-betul sedih.

Jian Chengwen batuk dan muntah darah. Suaranya sangat lemah seolah-olah ia akan lenyap bila-bila masa sahaja.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS