Dalam Keluarga Ji, tuan besar mereka sangat penting bagi mereka dan Ketua Keluarga Ji sangat melindungi namanya! Jika dia dengar ada yang menghina tuan besar Keluarga Ji begitu, dia pasti akan mengamuk.
Memikirkan ini, Lin You tersenyum angkuh dan matanya menjeling Ji Jiutian yang berada di belakangnya. Dia tidak perasan dahi Ji Lan kini penuh dengan peluh dan pakaiannya juga basah berkeringat.
Ji Lan mengelap peluh pada dahinya dan cepat-cepat mendekati Ji Jiutian.
"Bangsat, siapa suruh kamu menghina Keluarga Ji? Kamu pasti akan mati kali ini!" Melihat Ji Lan bergegas ke depan, Lin You sangka ketua keluarga itu akan menyerang Ji Jiutian. Namun, ucapan Ji Lan sebaik sahaja sampai membuatkan Lin You terpegun...
"Apa yang Moyang lakukan di sini?"
'Moyang?'
Dalam Keluarga Ji, cuma ada satu orang sahaja yang Ketua Keluarga panggil Moyang...
Swish!