"Bila masa pula Guru saya bersetuju untuk merawat orang?" Lin Ruobai bertanya sambil mendengus.
Ou Ya menoleh ke arah Yun Luofeng. "Cik Yun, keluarga orang-orang ini sangat kuat dalam Kota Tiada Penghujung dan ada juga yang cuma di bawah tiga keluarga terkuat. Saya buat begini sebab, pertama sekali, saya ingin bantu selesaikan masalah mereka dan kedua, saya mahu mereka terhutang budi kepada kamu. Kalau kamu selamatkan mereka, mereka pasti akan menghargai kamu! Jadi mulai sekarang, hidup kamu dalam Kota Tiada Penghujung pasti lebih mudah."
Semua orang-orang yang hadir di sini dijemput oleh Ou Ya sendiri dan sebahagian daripada mereka menghidap penyakit yang pelik. Sekiranya Yun Luofeng tidak mampu sembuhkan orang-orang ini, Ou Ya boleh gunakan suara mereka untuk menghina dan mencaci Yun Luofeng. Kalau Yun Luofeng berjaya pula… mereka pasti akan rasa berterima kasi kepada Ou Ya dan akan menyokong Keluarga Ou.