Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1065 - Melangkau Barisan? (5)

Chapter 1065 - Melangkau Barisan? (5)

Tubuh Mu Chu menggigil bagai dipanah petir. Gadis ini adalah Ketua Menara?

Awal-awal tadi, dia berani larang Ketua Menara Tabib melangkau barisan?

Mu Chen berasa sangat malu dengan perbuatannya itu.

Yun Luofeng memandang Mu Chu dari tepi. "Kamu cuma ada masa setengah bulan sahaja, kenapa kamu masih ada di sini lagi?"

Mendengar usikan itu, Mu Chu tidak lagi berasa ragu dan bergegas membuka pintu, lalu turun ke bawah. Dia harus hargai setiap detik, kerana jika dia terlambat sedikit pun, Yun Luofeng mungkin ubah fikiran!

Lagipun, Menara Tabib adalah harapannya yang terakhir dan dia tidak akan lepaskannya!

"Cik Yun." 

Selepas Mu Chu pergi, Qing Mu masuk ke dalam dan tertawa kecil. "Oh tunggu sebentar, saya tidak patut panggil kamu Cik Yun lagi. Sepatutnya Ketua Menara."

Yun Luofeng melambai tangan. "Panggil saya seperti sebelum ini sudah cukup kalau di luar. Satu lagi, bantu saya siasat tentang seseorang."

"Siapa?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag