"Dua…"
Sasaran pisau belati itu adalah jantung Wu Xi dan sebaik sahaja Yun Luofeng habis mengira, ia pasti akan terus dilempar.
Wajah Wu Xi berubah dan dia terus berlari keluar dari bilik itu, lenyap tanpa jejak dalam sekelip mata. Selepas pengawalnya nampak dia sudah lari, mereka juga ikut kerana mereka takut pisau belati Yun Luofeng itu akan tukar sasaran.
"Nampaknya orang jahat perlu diuruskan dengan cara jahat."
Nangong Yunyi menggeleng kepala. "Tidak kiralah di Huaxia atau di sini, menyakitkan hati kamu sama sahaja seperti membuat iblis marah!"
Memang benar, orang jahat perlukan orang jahat yang lain untuk melawan mereka.
Kalau bersikap baik, orang jahat itu cuma akan terus membuli. Jadi orang yang lebih ganas akan menang.
"Apa maksudnya ketika dia kata kamu anak luar nikah?" Yun Luofeng simpan pisau belati di tangannya dan bertanya, "Jangan cakap kamu begitu sial sampaikan termasuk ke dalam tubuh seorang anak luar nikah?"