"Baiklah," Yun Luofeng tersenyum, "Qing Mu, berikan dia seribu tahil perak."
Qing Mu agak keberatan. Pada pendapatnya, tanah itu memang tidak berguna. Bagaimanapun, memandangkan Yun Luofeng yang arahkan dia, dia hanya mampu keluarkan wang kertas yang bernilai seribu tahil perak dan menghulurkannya kepada Tuan Wu.
Tuan Wu sangat yakin dia akan dapat jual tanah itu hari ini, jadi dia sudah sedia bawa geran tanah itu bersama. Selepas memastikan ketulenan wang kertas itu, dia serahkan geran tanah itu kepada Yun Luofeng.
"Cik Yun, saya harap kita dapat berurusniaga lagi nanti di masa akan datang."
Dia tunduk hormat lalu pergi tanpa menoleh ke belakang.
Tiada siapa yang tahu hatinya sedang berdarah ketika ini…
Dia baru sahaja jual tanah yang dulu dia beli dengan harga tiga juta tahil perak. Dia jual hanya seribu tahil perak tetapi dia tetap berasa lega kerana ada orang yang ingin membelinya.