Yun Luofeng menaikkan sudut bibirnya, wajahnya bersinar terang dengan senyuman licik.
"Selain daripada Kerajaan Yuelin, saya rasa banyak lagi negara lain yang datang untuk mengucapkan tahniah. Tidak kira apa pun hadiah yang mereka bawa, terima sahaja."
Mata Yun Luo bersemangat dan dia berkata dengan senyuman, "Ya! Datuk suka terima hadiah! Lagi banyak, lagi bagus!"
Tidak lama kemudian, utusan dari Kerajaan Yuelin melangkah ke depan dengan senyuman lebar pada wajahnya. "Tuan Yun, Cik Yun, Maharaja negara kami dapat berita yang Tuan Muda Yun akan berkahwin hari ini, jadi Baginda meminta saya untuk sampaikan hadiah bagi pihaknya. Saya harap kamu suka hadiah ini."