Wajah Long Yuan berubah dan dia menjegil Yun Luofeng lalu menengking, "Yun Luofeng, jangan cuba memutar belit cerita dengan lidah jahat kamu itu! Beta percaya peserta-peserta lain di sini tidak akan tertipu dengan hasutan kamu."
Bagaimanapun, peserta-peserta itu tidak bersorak untuk Long Yuan, sebaliknya berbisik sesama sendiri sambil menjeling Long Yuan dengan mata penuh waspada. Jelas sekali kata-kata Yun Luofeng telah berakar dalam hati mereka!
"Tuanku," Jeneral Li tunduk dan cuba untuk meyakinkan Long Yuan, "sekiranya Tuanku hendak hapuskan Yun Luofeng, Tuanku boleh lakukannya bila-bila masa sahaja tetapi bukan sekarang. Jika Tuanku hapuskan dia di sini, patik rasa negara-negara lain akan berasa jengkel. Lagipun, Yun Luofeng datang bertanding sebagai wakil Kerajaan Tianyun."