Tiba-tiba, Yun Luofeng berasa perubahan pada dunia ilusi itu lalu keningnya berkerut. "Seingat saya masih ada satu jam lagi sebelum pertandingan ini tamat, jadi kenapa saya dapat rasa dunia ilusi ini sedang ditutup?"
Sebaik sahaja Yun Luofeng selesai bercakap, dia terus rasa tenaga yang menarik dia keluar. Selepas tersedar, dia sudah keluar dari dunia ilusi itu dan sedang berdiri di tengah-tengah tempat pertandingan. Pada masa yang sama peserta-peserta negara lain juga muncul di tepi dan mata mereka juga kelihatan bingung seolah-olah tidak faham kenapa pertandingan ini tamat awal.
Apabila Yun Luofeng dan yang lain muncul, paparan markah telah pun hilang. Oleh itu, semua peserta tidak tahu kedudukan akhir mereka.
"Cik Yun." Qing Mu ketawa senang hati dan berjalan ke arah Yun Luofeng. "Kamu tidak apa-apa?"
Yun Luofeng tersenyum merendah diri. "Saya baik-baik sahaja. Saya harap kedudukan kami tidak terlalu teruk."