Chapter 991 - Nombor Satu (3)

Qing Mu terpegun ketika dia melihat perkataan 'Empayar Tianhui' yang terukir pada aguk jed itu lalu perlahan memandang bingung ke arah Yun Luofeng.

"Cik Yun, kamu… sampai ke tingkat kelapan?"

Yun Luofeng berkerur dan berfikir seketika sebelum menjawab. "Memang rasa macam ada lapan tingkat. Selepas saya rawat pesakit saya yang terakhir, aguk jed ini muncul. Pada mulanya saya ambil untuk siasat sahaja, tapi sebaik sahaja saya sentuh aguk jed itu, saya terus sampai di pintu masuk."

Boom!

Seperti dipanah petir, seluruh tempat itu menjadi senyap sunyi. Ekspresi wajah semua orang bingung, terkejut dan bahkan ada yang memandang taksub ke arah Yun Luofeng.

Jangan kata Liu Chenyi yang tidak tahu apa-apa, sedangkan Yun Luofeng sendiri tergamam, tidak faham akan situasinya sekarang.

"Kamu betul-betul berjaya rawat pesakit di tingkat kelapan?" Nafas Qing Mu semakin pantas ketika dia bertanya dan matanya tidak bergerak dari Yun Luofeng.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag