Tubuh Long Yuan menjadi lemah dan dia rebah ke kerusinya, ekspresi wajahnya pucat dan letih, kelihatan sangat buruk.
Peserta-peserta yang tersingkir itu tidak tahu apa yang sedang berlaku dan saling berpandangan bingung dan masing-masing meminta penjelasan daripada orang lain. Selepas mendapat tahu bahawa ujian yang Yun Luofeng adalah ujian untuk Dewan Tabib Diraja, mereka semua sangat terkejut.
Dalam suasana yang begitu, had masa sekali lagi tamat dan pintu Menara Ubat terbuka. Sekumpulan peserta-peserta tersingkir berdiri hampa di depan pintu itu.
Bagaimanapun, Yun Luofeng masih belum muncul!
"Ujian tingkat tiga sudah tamate dan memandangkan Yun Luofeng masih belum tersingkir, maknanya dia sudah masuk tingkat keempat!"
Hanya tabib-tabib dari Dewan Tabib Diraja sahaja yang mampu sampai ke tingkat keempat dan ketika ini, Yun Luofeng sudah sampai di sana?
Semua orang melopong dan memandang pintu Menara Ubat itu tertutup rapat.