"Peserta, silakan masuk." Sida-sida itu gunakan kunci untuk membuka pintu Menara Ubat itu sambil bercakap dengan suaranya yang nyaring dan para peserta bergegas masuk, perlahan hilang dalam kabus.
Ketika ini, sepuluh orang pesakit terlantar di atas katil muncul di depan Yun Luofeng dan mereka semua meraung kesakitan. Mereka semua memegang dada menahan sakit dan wajah mereka sangat pucat.
Yun Luofeng terpegun. "Long Yuan ada cakap tingkat pertama ada sepuluh orang pesakit?"
"Saya rasa tiada…"
Tanpa disedari, Huohuo muncul di samping Yun Luofeng. Dia melompat ke atas pokok dan duduk di dahannya sambil menggoyang kaki dan memandang Yun Luofeng.
"Tuan, dengan kebolehan Tuan, merawat sepuluh orang ini bukannya sukar."
Yun Luofeng menggeleng. "Saya risau sebab Zhong Ling'er. Lagipun, dia baru sahaja belajar perubatan dan mustahil dia mampu rawat sepuluh orang pesakit dalam masa yang singkat!"