Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 976 - Apa Sahajalah Liu Chenyi Jika Dibandingkan dengan Dia? (2)

Chapter 976 - Apa Sahajalah Liu Chenyi Jika Dibandingkan dengan Dia? (2)

"Sepuluh jenis preskripsi… memang benar ada sepuluh!"

Sebelum pertandingan, Liu Chenyi sudah pelajari herba-herba yang akan digunakan dan telah menghabiskan masa siang dan malam untuk mencari preskripsi yang bersesuaian dengan herba-herba itu. Meskipun begitu, dia hanya jumpa tiga sahaja.

Bagaimanapun, Yun Luofeng tidak tahu apa-apa tentang herba-herba itu sebelum pertandingan, jadi bagaimana dia boleh tulis sepuluh jenis preskripsi dalam jangka masa yang begitu singkat?

"Tuan Qing Mu." Cahaya licik berkilau pada mata Liu Chenyi dan tangannya menggenggam erat kertas jawapan Yun Luofeng ketika dia mendongak dan berkata, "Tuan sudah terlupa kalau peserta memberikan jawapan yang salah, Tuan akan anggap peserta itu gagal!"

Orang tua yang dipanggil Tuan Qing Mu itu adalah orang tua yang terlalu teruja tadi.

Mendengar kata-kata Liu Chenyi, dia tersentak sebelum ragu-ragu berkata, "Memang begitu peraturannya."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS