Tiba-tiba, Yun Xiao angkat tangan kanan Yun Luofeng, wajahnya muram. "Apa masalah tangan kanan kamu?"
Yun Luofeng terdiam. Dia terlalu gembira Yun Xiao telah kembali sehingga dia terlupa untuk rahsiakan tangan kanannya yang lumpuh itu. Lagipun, dia memang tidak akan mampu rahsiakannya terlalu lama kerana Yun Xiao sangat teliti. Memikirkan ini, Yun Luofeng mula rasa serba salah. Dia menoleh ke arah Ketua Lembah lalu buat muka menyampah. "Dia telah cacatkan tangan kanan saya."
Ketua Lembah masih lagi terkejut dengan kembalinya Yun Xiao. Setelah mendengar kata-kata Yun Luofeng itu, dia tersandung dan hampir jatuh ke tanah.
"Mengarut!"
Ketua Lembah menggigil kerana terlalu marah.
'Saya langsung tidak pernah sentuh dia. Kenapa dia kata saya telah cacatkan tangannya?'
Bagaimanapun, Yun Xiao percaya setiap kata-kata Yun Luofeng. Mata dinginnya menoleh ke arah Ketua Lembah dan aura membunuh menyelubungi Lembah Xuanyin…