"Tidak lama dulu, kamu beli saya daripada rumah lelong dan telah menitiskan darah kamu pada saya tanpa sengaja, jadi saya mula memiliki minda sendiri. Dengan titisan darah kamu itu, kita telah membuat kontrak, jadi kamu tidak boleh mati."
'Rumah lelong?'
Yun Luofeng terdiam seketika, "Kamu biji benih pokok itu?"
Hari itu di rumah lelong, Xiao Mo beritahu Yun Luofeng yang biji benih itu sangat istimewa, tetapi Yun Luofeng tidak sangka pokok akan boleh berfikir sendiri.
"Akhirnya saya berpeluang untuk berhubung dengan kamu hari ini dan kesedaran saya akan hilang sebentar lagi, jadi biar saya selesai bercakap dahulu," suara itu terdengar lagi, "Tuan mesti besarkan saya. Selepas kamu jadi pertapa rohani peringkat-pendeta, Tuan boleh pergi ke benua lain, di mana risiko yang tidak terkira akan menimpa Tuan. Tapi kalau Tuan bawa saya bersama, saya akan bantu Tuan."
'Besarkan?'
'Apa maksud kamu?'