Kediaman Keluarga Ye.
Suara mengeluh dapat didengar dalam dewan dan Tuan Tua Ye Fan sedang mengadu sambil tersedu-sedu. "Tuan Ketua, Tuan mesti tuntut keadilan untuk saya! Yun Luofeng sudah melampau, dia bogelkan dan ikat cucu saya di luar gerbang kota! Perempuan jahat begitu memang akan sentiasa ada niat jahat!"
Tuan Tua Ye Fan mengetap gigi dan matanya jelas memancarkan aura membunuh. Dia percaya tiada siapa yang akan melindungi Yun Luofeng selepas dia melakukan perkara keji yang telah mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati orang ramai!
"Tuan Tua Ye Fan, bukankah kamu hantar cucu kamu kepada Feng'er untuk terima hukuman begitu?" perli Jun Fengling sambil menyeringai.