Ketika Jiang Mengyao hendak mempertahankan Ibundanya lagi, suara dingin Maharaja terdengar sekali lagi. "Apa yang kamu tunggu lagi? Segera tangkap Gundik Shu dan bunuh sesiapa sahaja yang menghalang!"
Apabila Jiang Mengyao dengar ayat 'bunuh sesiapa yang menghalang' itu, tubuhnya menggigil dan dia memandang Maharaja penuh rasa tidak percaya. Tiba-tiba, dia mula ketawa dan nada ketawanya itu penuh dengan penderitaan.
"Akhirnya Anakanda percaya dengan pepatah ini, 'Keluarga Diraja adalah yang paling kejam'! Ayahanda sanggup bunuh puteri sendiri dan Ayahanda sememangnya kejam dan zalim! Jangan cakap Ayahanda cuma mencintai Permaisuri seorang? Ibunda sudah bertahun lama menemani Ayahanda dan menjaga kamar kosong yang sepi, akan tetapi Ayahanda perlakukan Ibunda sebegini?"