Chapter 891 - Perangkap (2)

Jian Chengwen menyepetkan mata dan ia mula bersinar dingin. "Tuanku, orang-orang ini cuma mahu perangkap dia. Kalau Luofeng Kecil patik itu cuma perempuan biasa, rancangan mereka ini pasti akan berjaya membunuhnya!"

"Jeneral Jian," Wajah Maharaja bertukar bengis, "Sudah Beta arahkan kamu untuk sampaikan titah Beta. Kenapa mereka masih melayan Cik Yun begini?"

"Tuanku," Jian Chengwen menoleh lalu tunduk hormat, "Ia sekadar titah lisan Tuanku. Mungkin ada di antara mereka yang fikir patik palsukan titah itu, jadi mereka masih lagi tidak menghormati Luofeng."

Maharaja mengeluh. "Ini silap Beta. Beta tidak sangka orang-orang Keluarga Ye begitu bodoh! Jeneral Jian, pergi ke Keluarga Ye dan bawa Cik Yun datang ke Istana Diraja menggunakan tandu diraja milik Permaisuri. Biar Cik Yun temankan adik kamu sebentar. Adik kamu juga merindukan Cik Yun."

"Saya sudah ada di sini!"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS