Yun Xiao menoleh ke arah Yun Luofeng dan senyuman yang sangat pudar terukir di wajah dinginnya itu. "Kamu suka begitu?"
Kalau Yun Xiao sekadar gerakkan papan batu, Yun Luofeng tidak akan terkejut. Tetapi dia tidak pernah menyangka Yun Xiao gerakkan gunung dengan hanya menggunakan mindanya!
Yun Xiao memuncungkan bibirnya setelah melihat Yun Luofeng tidak memberi apa-apa respon. "Saya gunakan minda saya untuk mencari persekitaran dan cuma ada gunung ini yang dekat. Kalau kamu rasa gunung ini tidak cukup besar, saya akan cari yang lebih besar nanti."
Sebentar tadi, ketika Ye Jingxuan memaksa Yun Xiao ceraikan Yun Luofeng, Yun Xiao tidak cuba melindungi Yun Luofeng kerana mindanya sibuk mencari gunung, jadi dia tidak dengar apa-apa yang Ye Jingxuan katakan.
'Tuan Jingxuan!"