"Hmmm," Yun Luofeng mengusap dagu dan matanya berkelip, "itu idea yang agak bagus."
Setelah berkata begitu, Yun Luofeng berdiri lalu berjalan perlahan ke arah lelaki berjubah hitam itu.
"Sebenarnya, walaupun kamu tidak mengaku, saya tahu siapa yang arahkan kamu, tapi memandangkan kamu ingin tunjukkan kesetiaan kamu kepada tuan kamu. Baiklah, saya akan tunaikan permintaan kamu, saya akan seksa kamu dengan cara yang Yun Xiao sebut tadi!"
Yun Luofeng berhenti melangkah dan senyuman semakin lebar dan licik. Melihat senyuman itu, lelaki berjubah hitam itu seakan dapat rasa iblis sedang melambai-lambai kepadanya.
Lelaki itu tidak lagi dapat menahan rasa takutnya lalu cuba melarikan diri. Namun, sebaik sahaja dia melompat keluar dari bilik itu ke arah laman, aura dingin Yun Xiao mengekorinya dari belakang lalu menghempas tubuhnya ke lantai. Bunyi tubuh terhempas itu sangat kuat.