"Mari pergi," Yun Luofeng mengangkat bahu, "Hari sudah hampir malam jadi saya akan pergi ke Istana Diraja untuk rawat Permaisuri dahulu. Selepas itu, saya masih ada perkara lain yang hendak dilakukan."
Jian Chengwen memandang dia penuh tanda tanya. "Perkara apa yang kamu perlu lakukan? Kamu boleh beritahu Pak Cik dan Pak Cik akan arahkan anak buah Pak Cik untuk bantu."
Yun Luofeng berfikir seketika sebelum menjawab, "Saya perlu beli beberapa herba."
"Herba? Ada banyak dalam gedung simpanan kerajaan dan saya akan buat permintaan kepada Maharaja untuk benarkan kamu ambil apa pun yang kamu perlukan. Jadi kamu tidak perlu pergi ke kedai membelinya."
"Terima kasih banyak."
Yun Luofeng tidak bersikap sopan terhadap Jiang Chengwen dan terus terima niat baiknya itu tanpa sedikit pun kecurigaan.