Dari awal hingga akhir, Jiang Mengyao langsung tidak memandang Yun Luofeng dan yang lain, seolah-olah mereka semua itu tidak layak untuk dipandang.
Ye Jingchen menggenggam penumbuknya. Ini kali pertama dia berasa sangat lemah.
"Abang Ye," Jun Fengling mengangkat kening. "Itu cuma kata-kata kosong. Ejekan dan cemuhan yang saya terima selama ini jauh lebih teruk berbanding ini. Saya sudah tidak peduli tentang pendapat orang ramai. Asakan saya dapat bersama akmu, saya tidak akan berasa takut."
Kata-kata Jun Fengling itu malah menambah kesakitan dalam hati Ye Jingchen, tetapi ia juga telah membuatkan dia semakin bertekad. Tidak kira apa pun yang akan berlaku, dia mesti rampas semula kuasa yang sepatutnya miliknya. Dia tidak akan benarkan sesiapa membuli dan menyakiti isterinya!
"Phuik!" Ye Qi meludah ke tanah dengan wajah yang marah. "Mereka memang orang yang bongkak dan keji! Jiang Mengyao dan Ye Tianwen memang sepadan!"