Xue Rou'er panik disebabkan kekuatan Jun Fengling menghentam meja itu. Matanya kebingungan dan keliru memandang ke arah Jun Fengling.
Ibu mertua dan anak menantu biasanya bermusuhan kerana mereka menyayangi orang yang sama. Dulu, ibu dan nenek Xue Rou'er bertengkar setiap malam kerana menginginkan lelaki yang sama. Keadaan berlarutan sehingga akhirnya mereka dihalau keluar dari keluarga ayahnya.
Sekiranya keluarga ayahnya itu tidak tahu dia berpeluang berkahwin dengan waris Keluarga Ye ini, mereka pasti tidak akan setuju untuk menerima dia semula. Jadi, ini kali pertama Xue Rou'er melihat ibu mertua yang sangat melindungi anak menantunya! Apa yang menghancurkan hatinya sebenarnya adalah orang yang dilindungi itu bukan dia!