Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 787 - Berangkat ke Kota Ye (7)

Chapter 787 - Berangkat ke Kota Ye (7)

Kota Ye terletak tidak jauh dari Kota Qin dan hanya mengambil masa setengah hari sahaja untuk sampai. Ketika ini, di dalam ruangan peribadi di sebuah restoran, kepala Ye Qi tertunduk sambil dia menggigit penyepit makanan dengan ekspresi wajah yang agak buruk.

Seorang perempuan berusia lebih kurang dua puluh tahun duduk di kerusi berdepan dengan Ye Qi. Penampilannya sangat cantik dan mampu membuat orang rasa ingin melindunginya.

"Qiqi," perempuan itu memuncungkan bibir dan suaranya sangat lembut. "Kamu masih marah terhadap abang kamu?"

Ye Qi mengeluh dan meletakkan penyepit di tangannya ke meja. "Saya tidak tahu apa saya telah lakukan sehinggakan dia begitu kepada saya! Sejak kecil lagi, saya berharap dapat ikut di sampingnya dan tidak pernah melakukan perkara yang melampau. Justeru itu, saya tidak faham kenapa dia sangat meluat melihat saya?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag