Ye Ximo berhenti dan bermuram. "Jangan keluar rumah dan tunggu Ibu dan Ayah pulang. Jangan bermain dengan kawan-kawan jahat kamu itu!" Selepas berkata begini, Ye Ximo berjalan keluar dari halaman itu tanpa menoleh ke belakang.
Ye Qi menggigit bibir melihat Ye Ximo pergi dengan mata yang penuh kekecewaan. Kenapa abangnya tetap tidak suka dia walaupun dia sudah berusaha dan menjaga tingkah lakunya?
Apa yang dia perlu lakukan untuk mengubah sikap abangnya itu terhadapnya?
…
Ye Ximo berjalan keluar gerbang lalu memandang ke langit yang luas. "Beberapa hari sudah berlalu, saya masih belum jumpa mereka walaupun saya sudah cari dalam semua kota-kota terdekat. Bagaimana saya hendak cari adik dan ipar saya?"
"Hihi."
Tiba-tiba, suara ketawa yang manja terdengar dari sebatang pokok.