Ye Jingchen terpegun, tetapi dia berkata apa-apa dan hanya mengarahkan pengawal untuk berikan mereka dua penyodok.
Su Zheng sudah ikut menggali. Dengan kukunya yang lebih tajam berbanding penyodok, dia kerah seluruh tenaganya untuk menggali.
"Haha!"
Suara yang lemah seakan berbisik terdengar dari laluan gunung. "Tiada guna. Kamu tidak boleh selamatkan mereka… Pada masa kamu selesai menggali seratus kaki, mereka semua pasti sudah mati lemas."
Perempuan berpakaian merah itu menjeling lelaki itu. "Oh? Kamu belum mati lagi? Saya sangat kagum terhadap kamu! Kamu tidak mati walaupun sudah dibakar, dipotong dan dipukul dengan teruk!"
Di laluan gunung itu, tubuh lelaki berjubah kelabu itu sudah rentung. Jun Fengling sudah hiris isi daging dari seluruh tubuhnya sedikit demi sedikit sehingga tulangnya kelihatan. Meskipun begitu, dia masih lagi bernafas tercungap-cungap dan merenung Jun Fengling.
"Apa yang kamu sedang lakukan di sini?"